Pages

Tuesday, 3 December 2013

SHARNAAZ PUNCA HUBUNGAN QI & NELYDIA BERMASALAH?

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia memohon maaf jika Qi tidak suka dengan kapsyen tersebut dan akan memadam gambar tersebut jika disuruh.


Sharnaaz: Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi
Sharnaaz: Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi


Sharnaaz: Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi


3 Dis – Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dikatakan menjadi punca hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose tiba-tiba bermasalah gara-gara sekeping gambar yang telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya dengan kapsyen "Tak payah pening-pening, dah depan mata".
Menurut Sharnaaz, dia terkejut apabila Qi bengang dengan kapsyen yang ditulisnya itu kerana kapsyen tersebut sebenarnya adalah dialog dalam drama yang dilakonkannya "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".
"Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi itu. Saya terkejut Nely tak ada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran sekejap lagi.
"Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang asyik saya jer kena 'game'. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir sebelum saya bersara tak lama lagi," katanya kepada Malaysian Digest.
Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia memohon maaf jika Qi tidak suka dengan kapsyen tersebut dan akan memadam gambar tersebut jika disuruh.
"Kalau dia tak suka, saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya padam gambar tu, saya padam lah."

Yahoo

No comments:

Post a Comment