Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu.
MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemudiannya mengagih-agihkan roti Gardenia kepada mereka yang kelaparan. - Sumber blog http://tengoktvonline.blogspot.com |
MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia
SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan.
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu.
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu.
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut.
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment