Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku. |
Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Keadaan tiga buah kereta Lamborghini yang hangus selepas kebakaran di KM 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban. |
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment