Pages

Friday 11 October 2013

TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK

Pelakon Rosyam Nor merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Rosyam Nor
TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK

Rosyam, Ramli Sarip dapat Datuk

MELAKA - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dan pelakon Rosyam Nor merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Kedua-dua mereka antara 79 orang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk. Turut menerima pingat, penyanyi Ramli Sarip yang menerima DPSM (Kehormat) berikutan bukan warganegara Malaysia yang membawa gelaran Datuk.


Ramli Sarip
TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK


Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mendahului penerima apabila dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dan merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar pada sidang media semalam berkata, seramai 10 orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira termasuk dirinya.

Antara penerima DCSM ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar;  Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Melaka, Datuk Yunos Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd Datuk Pang Tee Nam; dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Datuk Azhar Abdul Hamid.

Seramai 14 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Melaka Amiruddin Yusof; Penaung Puspanita Kementerian Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd Radhuana Salleh.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Panglima Tiga Divisyen Brig Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan; Ketua Eksekutif MPD 99 Sdn Bhd N Navaratnam; dan Ketua Eksekutif S.P. Management and Agencies Phang Shee Pak.

Antara penerima lain DPSM ialah Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah Rusnani Latip, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Abu Bakar Abdul dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka,  Ismail Lajen.

Seramai 35 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 79 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 120 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 321 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 218 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 24 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Naim berkata, istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran itu akan disempurnakan Mohd Khalil, membabitkan tiga sesi dengan sesi pertama esok di Dewan Seri Negeri, sesi kedua Ahad ini dan sesi ketiga 24 Oktober.

Sesi pertama membabitkan 22 penerima, sesi kedua (447 penerima) dan sesi ketiga (432 penerima).



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment