Pages

Showing posts with label Rosyam Nor Terkini. Show all posts
Showing posts with label Rosyam Nor Terkini. Show all posts

Friday, 13 December 2013

"SALAH KE PAKAI KERETA MEWAH?" - ROSYAM NOR

Menurut petikan laporan Harian Metro, Rosyam yang merupakan penerbit Suhan Movies & Trading berkata, "Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke?

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?


Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?


13 Dis – Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menganggap dakwaan yang mengatakan dirinya memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.
Menurut petikan laporan Harian Metro, Rosyam yang merupakan penerbit Suhan Movies & Trading berkata, "Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke?
"Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula," ujarnya.
Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia akan memberi penjelasan bila tiba waktu yang sesuai dan berharap agar persoalan mengenai pemilik tiga kereta mewah itu tidak diperbesarkan.
"Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah itu atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu?." katanya lagi.
Baru-baru ini desas-desus mendakwa Rosyam, 46, memiliki tiga kereta jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin Rapide dan Aston Martin DB9.
Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Balistik" pada 9 Januari depan.
Filem yang turut dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Syamsul Yusof dan Susan Lankester ini mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kumpulan geng mafia ditinggalkan isterinya, Salina yang bimbang nyawanya terancam. Beberapa tahun kemudian, Saga telah terjumpa Salina yang kini sudah berkahwin dengan Inspektor Nizam yang merupakan teman baik Saga ketika di rumah anak yatim piatu.


Yahoo

Friday, 11 October 2013

TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK

Pelakon Rosyam Nor merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Rosyam Nor
TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK

Rosyam, Ramli Sarip dapat Datuk

MELAKA - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dan pelakon Rosyam Nor merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Kedua-dua mereka antara 79 orang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk. Turut menerima pingat, penyanyi Ramli Sarip yang menerima DPSM (Kehormat) berikutan bukan warganegara Malaysia yang membawa gelaran Datuk.


Ramli Sarip
TAHNIAH! ROSYAM NOR & RAMLI SARIP TERIMA GELARAN DATUK


Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mendahului penerima apabila dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dan merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar pada sidang media semalam berkata, seramai 10 orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira termasuk dirinya.

Antara penerima DCSM ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar;  Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Melaka, Datuk Yunos Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd Datuk Pang Tee Nam; dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Datuk Azhar Abdul Hamid.

Seramai 14 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Melaka Amiruddin Yusof; Penaung Puspanita Kementerian Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd Radhuana Salleh.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Panglima Tiga Divisyen Brig Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan; Ketua Eksekutif MPD 99 Sdn Bhd N Navaratnam; dan Ketua Eksekutif S.P. Management and Agencies Phang Shee Pak.

Antara penerima lain DPSM ialah Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah Rusnani Latip, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Abu Bakar Abdul dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka,  Ismail Lajen.

Seramai 35 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 79 menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 120 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 321 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 218 menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 24 menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Naim berkata, istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran itu akan disempurnakan Mohd Khalil, membabitkan tiga sesi dengan sesi pertama esok di Dewan Seri Negeri, sesi kedua Ahad ini dan sesi ketiga 24 Oktober.

Sesi pertama membabitkan 22 penerima, sesi kedua (447 penerima) dan sesi ketiga (432 penerima).



Sinar Harian