Tegas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril Zafrel, tidak disenangi pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar K David Teo sejak awal lagi.
DAVID TEO LARANG HUBUNGAN WAWA ZAINAL BERSAMA AERIL ZAFREL! |
Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!
Tegas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril Zafrel, tidak disenangi pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar K David Teo sejak awal lagi.
DAVID TEO LARANG HUBUNGAN WAWA ZAINAL BERSAMA AERIL ZAFREL! |
Menurut Wawa, faktor utama dia bertindak menyembunyikan pernikahannya itu adalah untuk menghormati pendirian David.
“Pada awal hubungan kami, saya pernah berjumpa David dan memberitahu hal sebenar. Namun, saya teruk dimarahi dan dia cakap perkara buruk pasal Aeril.
“David tidak suka jika saya bersama Aeril dan dia pernah kuarantin saya sebulan di Ijok agar kami tidak berjumpa. Ketika itu, saya menjalani penggambaran filem, Sumpahan Kum Kum.
“Jika bercinta pun tak boleh, apatah lagi berkahwin. Sebab itulah kami rahsiakan terlebih dahulu pernikahan ini. Biarlah apa orang nak kata, mereka tidak rasa tekanan yang kami lalui,” luah Wawa.
Sebelum ini, baik Wawa mahupun Aeril, masing-masing cuba menutup rahsia itu dengan menafikan khabar angin mengenai hubungan mereka.
Namun, setelah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), mendedahkan bukti yang ada, barulah Aeril dan Wawa tampil memberitahu perkara sebenar.
Menerusi sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu di Western 114, Neo Damansara, mereka mengakui bernikah dua kali pada 25 Februari 2012 dan 5 Februari 2013.
Pernikahan kedua dilakukan setelah pernikahan pertama didapati tidak sah dari segi undang-undang Malaysia dan tidak didaftarkan di pejabat agama Islam.
Bakal dibuang MIG?
Menurut Wawa, sebagai artis naungan MIG, dia terkilan dengan tindakan David yang didakwa berpura-pura tidak mengetahui statusnya ketika ditemu bual media, sebelum ini.
Katanya, David mengetahui mengenai kelahiran anak saya seminggu lebih awal.
“Saya tak tahu apa motif dia berkata begitu sedangkan dia tahu semuanya. Sehingga ke hari ini, dia masih tidak menghubungi saya walaupun dia tahu saya sudah berada di ibu kota.
“Saya sendiri tidak tahu status saya dalam MIG. Selagi saya tidak menerima sebarang panggilan bekerja, saya anggap saya masih bercuti.
“Walaupun MIG tidak memanggil saya bekerja, namun ada beberapa tawaran untuk saya. Namun, buat masa ini, saya mahu berehat dan besarkan anak sendiri.
“Mungkin bila anak dah besar sikit, dalam tiga empat bulan, barulah saya mula bekerja,” katanya yang mengakui kontrak bersama MIG tamat pada 2015.
Mengakui pernah merancang memberitahu media mengenai perkara itu, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, berkata niatnya tidak kesampaian apabila rahsia ini terbongkar sebelum masanya.
“Kami bukan berniat untuk sorok hubungan ini selamanya. Ia dirahsiakan sementara untuk menghormati keputusan Wawa kerana kontraknya masih berbaki dua tahun bersama MIG.
“Kami ada merancang untuk mengumumkannya tidak lama lagi, namun ada pihak yang tidak sabar dan menceroboh urusan peribadi kami.
“Saya sedih dan rasa bersalah bila ada yang lantang mempertikaikan status anak kami. Jangan hukum anak saya dengan sebegitu rupa, " katanya.
Kaki penipu?
Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan yang ‘keras’ daripada media, namun pasangan ini dilihat tenang menjawab setiap pertanyaan.
Malah, Wawa juga turut membawa bapanya, untuk mengesahkan sakit misteri yang dialami ketika sedang mengandung.
“Ramai yang cakap saya menipu mengenai sakit misteri itu. Demi ALLAH SWT, saya memang sakit dan lima adik beradik saya yang lain turut terkena penyakit ini.
“Badan saya dimasuki makhluk lain dan saya mengambil langkah berubat di kampung halaman saya, di Sabah.
“Mungkin ada hikmah di sebalik rahsia ALLAH SWT ini. Alhamdulillah, kini saya sembuh sepenuhnya dan anak saya juga sihat,” katanya yang melahirkan cahaya mata lelaki, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.
Tambah Wawa, dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mencerca dan menuduh dirinya tanpa soal bicara.
“Saya dan Aeril memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Percayalah, bukan niat kami untuk membuatkan perkara ini jadi rumit,” katanya yang turut mengakui sedang belajar mendalami ilmu agama.
Bagaimanapun, usaha Zass untuk mendapatkan David Teo mengenai dakwaan ini tidak berhasil apabila David tidak menjawab panggilan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment