Pages

Sunday, 13 October 2013

MOHON BANTUAN KESAN NOOR SUHAILA YANG HILANG

Abdul Hamid Derus 54, berkata, sejak berita kehilangan anaknya, Noor Suhaila 13, disiarkan Sinar Harian pada 4 Oktober lalu, dia belum mendapat petunjuk mengenai keadaan anaknya.

Keluarga Noor Suhaila belum dapat petunjuk
Keratan Sinar Harian 4 Oktober lalu.

Keluarga Noor Suhaila belum dapat petunjuk

TEMERLOH – Keluarga remaja perempuan yang hilang lebih sebulan lalu sekali lagi meminta jasa baik orang ramai membantu mereka mengesan anak bongsu itu yang hilang sejak 31 Ogos lalu.

Abdul Hamid Derus 54, berkata, sejak berita kehilangan anaknya, Noor Suhaila 13, disiarkan Sinar Harian pada 4 Oktober lalu, dia belum mendapat petunjuk mengenai keadaan anaknya.

Menurutnya, dia bimbang keselamatan anak perempuannya itu yang keluar rumah tanpa membawa Mykad dan langsung tidak mempunyai wang.

“Saya masih tunggu siasatan pihak berkuasa, setakat ini belum berjaya, harap polis dapat bantu kami sekeluarga cari Noor Suhaila,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Hamid seorang pesara tentera merayu anak perempuannya pulang ke rumah kerana semua ahli keluarga begitu merinduinya.

Abdul Hamid Derus 54, yang tinggal di Taman Setia Jasa di sini, juga merayu polis supaya mencari dan membawa pulang Noor Suhaila yang keluar rumah bersama dua rakan pada tengah hari, 31 Ogos lalu.

Menurutnya, Noor Suhaila tidak pernah bertindak sedemikian, dia bersama rakan perempuan berumur 13 dan 15 tahun ke bandar Temerloh dengan menaiki teksi.

“Dua rakan anak saya pulang ke rumah masing-masing tapi Noor Suhaila tidak pulang. Jika dia ke bandar bersama kawan-kawan, saya akan ambilnya pulang pada sebelah petang.

“Kami sekeluarga buntu, rakan-rakan yang keluar bersama anak saya juga tidak tahu di mana anak saya berada sekarang,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment