Pages

Wednesday, 2 October 2013

JAMU MUSTAJAB MAHKOTA DEWA PLUS & JAMU AJAIB ANTARA UBAT HARAM YANG DIRAMPAS

Dalam operasi yang disertai seramai 20 Pegawai Penguat kuasa Farmasi dibantu 10 anggota JPJ, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis ubat termasuk Jamu Mustajab Mahkota Dewa Plus yang banyak dijual di kedai-kedai makan di negeri ini selain dari Jamu Ajaib yang selalu digunakan untuk sakit sendi.

Rampasan ubat-ubatan tidak berdaftar
Sebahagian ubat berjaya dirampas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Rampasan ubat-ubatan tidak berdaftar

KOTA BHARU- Cawangan Penguat kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan berjaya merampas pelbagai ubat-ubatan haram bernilai RM60,000 dalam sekatan jalan raya di jalan utama Jeli-Grik.

Dalam operasi yang disertai seramai 20 Pegawai Penguat kuasa Farmasi dibantu 10 anggota JPJ, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis ubat termasuk Jamu Mustajab Mahkota Dewa Plus yang banyak dijual di kedai-kedai makan di negeri ini selain dari Jamu Ajaib yang selalu digunakan untuk sakit sendi.

Selain produk-produk lain yang turut dirampas antaranya Minyak Gamat cap Puteri, Minyak Panas Cap Kuda 1, Minyak Gosok Cap Menara, Minyak Ubat Cap Menara, Pil Jamu Cap Menara, Ubat Pil Jamu Pilihan Cap Menara dan sebagainya.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir berkata, beliau amat memandang serius tentang kegiatan penjualan dan pengedaran ubat-ubatan tidak berdaftar di negeri ini.

“Semua ubat-ubatan tidak berdaftar tersebut dirampas daripada tiga kenderaan yang diperiksa dan operasi bersepadu sekatan jalan raya. Operasi ini diadakan di Stesen JPJ Bukit Bunga dengan kerjasama JPJ,” katanya, kelmarin.

Beliau berkata, ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan amat diragui dari segi kualiti, effikasi dan keselamatannya.

"Ubat yang tidak berdaftar ini juga dikhuatiri diproses di kilang-kilang haram ataupun premis yang tidak menepati standard Amalan Pengilangan Baik.

“Ubat-ubatan tidak berdaftar mungkin mempunyai bahan toksik yang membahayakan kesihatan pengguna. Kehadiran bahan toksik yang tidak diketahui dalam ubat tidak berdaftar menjadikan keadaan pesakit lebih teruk,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan dan maklumat boleh hubungi Cawangan Penguat kuasa Farmasi di talian 09-7730586 dan boleh melayari www.facebook.com/CPFKelantan untuk maklumat lanjut.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment