Dianggarkan ratusan dokumen dan fail yang disimpan dalam stor penyimpanan sebuah bank di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.
Anggota bomba terpaksa melalui belakang premis dalam usaha memadamkan kebakaran berikutan asap tebal. |
Ratusan dokumen bank musnah
dalam kebakaran
KUALA LUMPUR - Dianggarkan ratusan dokumen dan fail yang disimpan dalam stor penyimpanan sebuah bank di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu dipercayai berpunca daripada kebakaran fius di bilik stor premis bank tersebut.
Saksi kejadian dikenali sebagai Wong, 37, berkata, dia menyedari berlaku kebakaran di bank berkenaan sebaik ternampak asap tebal keluar dari bangunan institusi kewangan yang terletak bersebelahan dengan premisnya.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan keadaan itu bertindak keluar daripada premisnya untuk melihat kejadian tersebut.
“Ketika itu saya dapati kira-kira tujuh hingga lapan pekerja bank terbabit sudah keluar menyelamatkan diri kerana asap terlalu tebal.
“Keadaan agak kelam kabut ketika itu, mungkin disebabkan masing-masing panik dengan kejadian yang berlaku,” katanya ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.10 petang dan tiba kira-kira enam minit kemudian.
Menurutnya, seramai 20 anggota dari balai Sentul, Jinjang dan Gombak Selatan dikerahkan ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh 10 minit.
“Kita percaya kebakaran berpunca daripada fius televisyen di bilik stor bank berkenaan yang mengakibatkan beberapa dokumen musnah terbakar.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kini kita sedang meneliti punca sebenar kebakaran dan bank akan meneliti anggaran kerugian,” katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment