Pages

Saturday 13 April 2013

PRU13: SEBAR VCD AKSI TERLAMPAU ANTARA 75 KES DISIASAT POLIS

"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas, termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

PRU13
PRU13

PRU13: Sebar VCD antara 75 kes disiasat polis


KUALA LUMPUR - Polis kini memulakan siasatan kes penyebaran VCD aksi seorang lelaki yang menyerupai pemimpin kanan parti pembangkang dengan seorang wanita di Terengganu.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan dimulakan mengenai dalang di sebalik penyebaran VCD itu dan siasatan masih di peringkat awal.
Katanya kes itu disiasat bersama 74 lagi kertas siasatan yang dibuka sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.
Kebanyakan kes lebih menjurus kepada kesalahan-kesalahan pilihan raya seperti melakukan provokasi, bergaduh, ugut dan mengoyakkan poster parti lawan.
"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas, termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata polis memantau sebanyak 480 aktiviti sempena PRU13 yang dijalankan semalam membabitkan 136 ceramah, 100 perjumpaan parti politik, 13 lawatan dari rumah ke rumah, 38 kempen dan 196 lain-lain aktiviti. - Bernama

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment