Pages

Tuesday, 23 April 2013

ISU KLON ANWAR IBRAHIM | POLIS, IMIGRESEN NAFI TAHAN LELAKI MIRIP ANWAR

“Kita tidak buat apa-apa tangkapan pun berhubung individu berkenaan yang dikatakan mirip wajah Anwar. Memang tidak ada, kalau ada sudah pasti ada dalam rekod kita,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Inikah lelaki yang memiliki wajah mirip Anwar?
- Gambar Utusan



Polis, Imigresen nafi tahan lelaki mirip Anwar


ALOR SETAR - Polis menegaskan bahawa khabar angin mengenai tangkapan individu yang memiliki wajah mirip seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Yusof berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak buat apa-apa tangkapan pun berhubung individu berkenaan yang dikatakan mirip wajah Anwar. Memang tidak ada, kalau ada sudah pasti ada dalam rekod kita,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, menurut sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat berhubung tangkapan tersebut.

“Kalau benar ada tangkapan, sudah tentu kita akan buat sidang media untuk maklumkan kepada semua. Tapi kita tidak buat apa-apa tangkapan pun.

“Saya tidak boleh buat pengesahan tentang tangkapan itu, tapi memang tidak ada di Kedah. Mungkin tangkapan itu dibuat di negeri Perlis atau di Thailand sendiri pun kita tidak tahu. Di Kedah memang tidak ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Imigresen Bukit Kayu Hitam, Ahmad Tajudin turut memberikan jawapan sama mengenai perkara tersebut.

“Kita memang tidak buat apa-apa tangkapan kepada mana-mana individu seperti yang didakwa. Memang tidak ada, dalam rekod tangkapan pun tidak ada,” katanya.

Terdahulu, sebuah blog turut memaparkan dua gambar lelaki yang dikatakan mirip wajah Anwar telah ditangkap di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.

Tujuan asal membawa lelaki berkenaan ke negara ini adalah bagi membuktikan saksi utama dalam rakaman video yang didakwa mirip Anwar.

Sebelum ini, Anwar semasa ceramahnya di pekarangan Madrasah An-Nadhoh, Kubang Semang juga secara terang-terangan mendakwa polis telah bersekongkol dengan kerajaan untuk menutup bukti tersebut.

Dalam masa sama, Anwar yang juga penyandang Parlimen Permatang Pauh dalam ceramah kempennya turut menampilkan rakaman perbualan telefon didakwa dibuat semasa saksi itu ditangkap di Bukit Kayu Hitam.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment