Menurut anaknya, yang juga pelakon, Benjy, kanser payudara Azean sudah berada di peringkat terakhir dan mula merebak ke bahagian lain.
AZEAN IRDAWATY SEMAKIN LEMAH | KANSER PERINGKAT AKHIR |
Azean Irdawaty semakin lemah, jalani pembedahan esok
Menderita penyakit kanser sejak 2008, sehingga kini seniwati, Azean Irdawaty masih bertarung dengan penyakit yang dihidapinya itu.
Menurut anaknya, yang juga pelakon, Benjy, kanser payudara Azean sudah berada di peringkat terakhir dan mula merebak ke bahagian lain.
Azean bakal menjalani pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada 18 April lalu.
"Keadaan ibu saya kini semakin lemah dan menghadapi kesukaran untuk berbicara. Tetapi, dia masih sedar dan memahami percakapan kami.
"Pembedahan itu sepatutnya dijalankan Khamis lalu, namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, kita terpaksa tunda esok pagi.
"Saya dan keluarga tetap mengharapkan yang terbaik untuk ibu. Doakan segalanya berjalan dengan lancar," katanya.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan terus ke akaun bank Azean Irdawaty Yusoef, 16240100009490 (RHB Bank).
Azean memulakan karier lakonannya dengan membintangi filem, Esok Masih Ada pada tahun 1979, dan terus dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 1980 menerusi filem itu.
Selain itu, Azean turut menjayakan beberapa filem, termasuk Perjanjian Syaitan, Mama Oh Mama, Langit Petang, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Amelia, Gemerlapan, Layar Lara, Baginda, Burung Besi, Anaknya Sazali, Laila Isabella, Kemarau Cinta, Anak Mami Kembali, Main-Main Cinta, Diva Popular, Waris Jari Hantu, Otai, Nana Tanjung 2 dan Talentime.
Sinar Harian
semoga tabah menghadapi ujian
ReplyDelete