Pages

Monday 22 April 2013

POPULARITI PENYANYI AISHAH LANGSUNG TAK GUGAT BN

Calon Parlimen Jempol Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak kisah sama ada pesaingnya itu penyanyi, ustaz mahupun peguam kerana itu adalah profesion mereka dan beliau bersaing dari segi parti.

Tan Sri Mohd Isa / Megawati

Populariti Aishah tak gugat BN


JEMPOL - Status Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang mewakili parti Pas sebagai penyanyi langsung tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional dalam Parlimen Jempol.

Calon Parlimen Jempol Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak kisah sama ada pesaingnya itu penyanyi, ustaz mahupun peguam kerana itu adalah profesion mereka dan beliau bersaing dari segi parti.

“Apa yang penting adalah manifesto kita iaitu satu dokumen penting yang berani kita katakan rakyat boleh pegang kemudian boleh semak semula fakta dalam manifesto itu sama ada dilaksanakan atau tidak setelah kita menang pilihan raya ini.

“Manifesto ini adalah ‘aku janji’ menunjukkan kesungguhan kita kerana manifesto dibuat cukup teliti dan bukannya tangkap muat sahaja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Isa juga yakin masyarakat Felda masih terus menyokong BN walaupun terdapat pelbagai usaha daripada parti lawan untuk menghakis keyakinan warga Felda, namun tidak berjaya.

“Kita akan bekerja lebih keras lagi selepas ini untuk mengekalkan BN dalam Parlimen Jempol termasuklah Dun Bahau yang sebelum ini ditawan DAP sejak pilihan raya lalu,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Mohd Isa, Megawati, 32, berkata, dia yakin bapanya itu akan menang dalam PRU13 kali ini.
Dia yang hadir memberi sokongan kepada bapanya itu ketika penamaan calon, kelmarin berkata, rakyat Jempol masih menyokong kuat bapanya itu sebagai calon BN yang sudah banyak mencurahkan bakti di kawasan Felda.
“Penduduk Jempol diharap dapat memikirkan secara logik mengapa mereka perlu memilih calon daripada BN untuk menjadi wakil rakyat mereka berbanding daripada pihak lawan,” katanya.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment