Pages

Saturday, 20 April 2013

ISU VIDEO ANWAR IBRAHIM | GAMBAR KLON ANWAR DIDEDAHKAN


Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Inikah lelaki yang memiliki wajah mirip Anwar?


Gambar klon Anwar didedahkan


KUALA LUMPUR 19 April - Desas-desus mengenai perancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan lelaki yang memiliki wajah mirip beliau semata-mata untuk membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan beberapa isu video seks hampir menemukan jawapan.

Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Menurut sumber, lelaki berasal dari Thailand itu dikatakan ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai 'pelakon' yang akan membuat 'pengakuan' tersebut dalam beberapa siri ceramah kempen pilihan raya kali ini.

"Lelaki itu dikatakan akan membuat penampilan pertamanya di kawasan Parlimen yang akan dipertahankan Anwar iaitu di Permatang Pauh dipercayai bertujuan meraih semula kepercayaan pengundi yang kini sudah semakin hilang keyakinan terhadap beliau.

"Klon Anwar itu dijadual akan tampil di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Petani di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang malam ini untuk membuat pendedahan palsu di hadapan orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Walau bagaimanapun saksi yang dikatakan menyerupai Anwar itu gagal ditampilkan dalam ceramah beliau malam ini dengan alasan peguam dan lelaki berkenaan ditahan polis di Bukit Kayu Hitam.

Menurut sumber itu lagi, orang-orang Anwar difahamkan telah berlepas menaiki penerbangan ke Alor Setar, Kedah pada awal pagi tadi, sebelum menyewa kenderaan untuk bertemu dengan lelaki yang dipercayai dari Yala itu di sebuah hotel di Hatyai, Thailand.

"Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai perancangan alternatif sebelum membuat pendedahan palsu tersebut, memandangkan rancangan asal mereka untuk membuat pengakuan itu telah dihidu oleh pihak-pihak tertentu di negara ini," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan bekas Setiausaha PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar bahawa Penasihat PKR itu akan membawa dua individu dari Thailand, salah seorang mempunyai wajah mirip Anwar dan seorang lagi mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagi membuat pengakuan palsu setelah beberapa video seks yang mengaitkan dua pemimpin tersebut tersebar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin turut mendedahkan perkara sama berikutan beberapa maklumat terkini daripada pihak tertentu yang diterima olehnya.

Tindakan Anwar itu turut dikritik oleh bekas Ketua PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang mempertikaikan kesanggupan Anwar membawa 'pelakon' tetapi enggan bersumpah laknat jika benar beliau tidak bersalah.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras wajah dan susuk badannya.

Laporan itu turut menyatakan, jika pencarian itu berjaya, individu tersebut akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini tidak lama dulu.


Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment