"I will not speak to the media. I am busy now. (Saya tak nak bercakap dengan media. Sibuk sekarang). Apa-apa boleh rujuk kepada FB saya," katanya dalam perbualan telefon selama 30 saat.
DATUK KAMILIA ENGGAN ULAS | MINTA MEDIA RUJUK LAMAN FACEBOOKNYA |
Kamilia enggan ulas, minta media rujuk
laman FB
IPOH - Bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang menjadi 'buruan' wartawan sejak semalam meminta pihak media merujuk laman sosial Facebooknya untuk mendapat kenyataan terkini berhubung tindakannya bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas.
Percubaan Bernama untuk menghubunginya selepas penamaan calon selesai semalam akhirnya dijawab dengan kenyataan ringkas pada pagi ini.
"I will not speak to the media. I am busy now. (Saya tak nak bercakap dengan media. Sibuk sekarang). Apa-apa boleh rujuk kepada FB saya," katanya dalam perbualan telefon selama 30 saat.
Permintaan untuk beliau mengulas tindakannya itu hanya dijawab dengan "No, no...sorry".
Tiada perkembangan terbaru dicatat setakat petang ini dalam laman sosial Kamilia yang dipecat oleh Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini. - Bernama
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment