Mamat Sepah ketika ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden itu namun bersyukur semua mangsa termasuk kakaknya terselamat.
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO | KAKAK MAMAT SEPAH CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN - Gambar Carian Google |
Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan
KOTA TINGGI - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Anita Murad, 36, yang juga kakak kepada pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Mamat Sepah cedera dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini.
Dalam nahas kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa bersama dua rakannya iaitu Setiausaha Pergerakan puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Alohan Abd Ghani, 36, dan ahli jentera parti Barisan Nasional (BN), Zaliza Mohd. Dahan, 35, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulaijaya sebaik saja selesai membantu kempen pilihan raya bagi Parlimen Tenggara di sini.
Akibat daripada kemalangan itu, Nor Alahan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sementara Anita dan Zaliza hanya cedera ringan di beberapa anggota tubuh badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Mohd. Nor Rasid, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang datang dari arah Kulaijaya cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bergesel dengan sebuah motokar jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat pergeseran itu, kereta Gen 2 itu berpusing dan terhenti di tengah jalan sebelum dirempuh oleh mangsa yang gagal mengelak dan melanggar penghadang jalan.
"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.
Mamat Sepah ketika ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden itu namun bersyukur semua mangsa termasuk kakaknya terselamat.
Sementara itu, calon BN Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut meluangkan masa kira-kira satu jam melawat kesemua mangsa yang juga anak buahnya.
“Harapan saya semua pihak akan mendoakan kesejahteraan mangsa dan tidak mematahkan semangat juang kita pada pilihan raya ini," katanya. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment