Pages

Sunday, 28 April 2013

DASAR PENDIDIKAN AKAN DILAKSANAKAN PAKATAN RAKYAT ADALAH SALAH

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mendakwa, berdasarkan manifesto yang dibentangkan, PR menyediakan dana pinjaman sebanyak RM450 juta dengan menganggarkan hanya terdapat 150,000 pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sedangkan jumlah semasa melebihi 550,000 pelajar.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak

Prof Mustafa: Dasar pendidikan ditawar PR salah


KUALA LUMPUR - Pengiraan Pakatan Rakyat (PR) mengenai dasar pendidikan yang akan dilaksanakan melalui tabung pinjaman baru bagi menggantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) adalah salah.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mendakwa, berdasarkan manifesto yang dibentangkan, PR menyediakan dana pinjaman sebanyak RM450 juta dengan menganggarkan hanya terdapat 150,000 pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sedangkan jumlah semasa melebihi 550,000 pelajar.

Sedangkan katanya, jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS adalah melebihi sejuta orang.

"Daripada peruntukan tersebut, seorang pelajar akan diperuntukkan sebanyak RM3,000 setahun dan jumlah itu adalah sama sekali tidak cukup terutamanya untuk menangung kos sara hidup.

"Sekurang-kurangnya minimun kos sara hidup yang diperlukan seorang pelajar adalah sebanyak RM500 sebulan iaitu RM6,000 setahun," katanya ketika menjadi ahli panel Wacana PRU13 Putrajaya Milik Siapa? Antara Dasar, Isu dan Calon anjuran MPN dan Kementerian Pengajian Tinggi, di sini, hari ini.

Pada sidang pertama yang bertajuk Dasar, Isu dan Calon - Siapa Pilihan Rakyat itu turut dibarisi panel lain, Prof Dr James Chin dari Universiti Monash dan Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta dipengerusikan oleh Datuk Mior Kamarul Shaid.

Tambah Mohamed Mustafa lagi, anggaran yuran tahunan untuk IPTS di Malaysia ialah RM12,000.

"...dimanakah pelajar harus mencari baki RM9,000 untuk yuran pengajian mereka?

"Sebenarnya, tindakan PR menghapuskan PTPTN hanya akan meruntuhkan motivasi serta perlumbaan pelajar bagi pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut perkara sama, beliau berkata, hanya tujuh negara maju di dunia yang mengamalkan dasar pendidikan percuma termasuklah Finland, Denmark, Greece, Hungary, Norway, Scotland dan Sweeden di mana pelaksanaannya turut menimbulkan beberapa isu berbangkit termasuk ada negara menjadi muflis.

Katanya lagi, hanya 10 negara dari kategori membangun dan dunia ketiga seperti Argentina, Brazil, Malta, Mauritius, Magribhi, Sri Lanka, Trinidad, Barbados, Kenya serta Peru mengamalkan dasar itu.

Katanya, dalam melaksanakan pendidikan percuma, negara-negara terbabit melaksanakan cukai tinggi.

Malah tambah beliau, bilangan penduduk di negara terbabit adalah sikit dan bilangan yang dapat masuk ke universiti juga adalah sedikit.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment