Pages

Tuesday, 30 April 2013

DATUK SERI NAJIB PEMIMPIN PERTAMA GUNA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM4.5 bilion.

Najib Tun Razak
Najib menunjukkan isyarat '1Malaysia' selepas meninjau projek jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung, hari ini.

Najib pemimpin pertama guna Jambatan Kedua Pulau Pinang


GEORGETOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Beliau diiringi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Teng Chang Yeow, Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Tan Sri Sulaiman
Mahboob.

Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan anak perdana menteri Norashman.

Sementara itu Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata, pihaknya bangga dengan lawatan pertama yang dilakukan perdana menteri dan delegasinya hari ini.

"Lawatan perdana menteri itu sangat bermakna kepada kami kerana JKSB setakat ini berjaya menyiapkan kerja-kerja penyambungan rentang tuju utara di antara jambatan dengan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di bahagian Seberang Perai, pada minggu lepas.

"Ini bermakna pembinaan jambatan sepanjang 16.9 kilometer merentasi laut ini siap sepenuhnya secara fizikal dan boleh dilalui," katanya dalam kenyataan media di sini.

Ismail berkata, pembinaan lebuh raya dan plaza tol untuk ke jambatan kedua Pulau Pinang itu dijangka dibuka kepada orang awam pada September ini iaitu lebih awal berbanding jadual asal.

Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan Abdullah pada 2008 dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada 3 Mac 2009, ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM4.5 bilion. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment