Pages

Showing posts with label Info sihat. Show all posts
Showing posts with label Info sihat. Show all posts

Friday, 22 November 2013

JOM SEMAK 5 MAKANAN YANG MEMBUATKAN ANDA KELIHATAN LETIH

Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya. 

5 Makanan yang membuatkan anda kelihatan letih


5 Makanan yang membuatkan anda kelihatan letih


Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, anda akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih

Garam 
Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya. 

Pemanis tiruan 
Gula biasa boleh menggalakkan keradangan tetapi pemanis tiruan boleh menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan membengkak. Pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan boleh membuatkan anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seelokknya, pilih gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran. 

Alkohol 
Tiada yang lebih teruk daripada segelas alkohol ketika makan malam. Alkohol membuatkan anda dihidrasi lebih cepat dari garam. 

Makanan bergoreng 
Makanan bergoreng adalah musuh ketat anda! Makanan yang bergoreng penuh dengan minyak dan lemak yang bermakna ia akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat dan mengeraskan sel-sel darah sekitar wajah. Hasilnya, kulit anda kelihatan kusam dan letih. 

Makanan pedas 
Makanan pedas memang baik untuk metabolisma, tetapi tidak sesuai untuk kulit muka. Makanan pedas membolehkan kulit anda menjadi gatal-gatal dan kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia.


Yahoo

Saturday, 2 November 2013

MESTI BACA! 10 MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK

Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya. 

MESTI BACA! 10 MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK


10 makanan penyumbang kalori terbanyak


Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan membakarnya. Ini bermakna cuma ada dua cara sahaja untuk mencapai berat badan yang ideal samada makan dalam kuantiti sedikit atau bersenam. 

Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya. 

Makanan yang kami senaraikan di bawah merupakan penyumbang kalori terbesar. Kami nasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan ini ya. 

Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari. 

Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori. 

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis. 

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya. 

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak. 

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori. 

Roti canai 
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda. 

Aiskrim 
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori. 

Donat 
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.


Yahoo

Wednesday, 3 July 2013

PANDUAN MUDAH SEDIAKAN HIDANGAN SIHAT

Makanan berkhasiat yang lengkap mengikut piramid makanan serta kurang kandungan minyak, gula dan garam bukanLAH sukar untuk disediakan.

PANDUAN MUDAH SEDIAKAN HIDANGAN SIHAT
- Gambar Carian Google

Cara mudah sediakan hidangan sihat

SIAPA kata, makanan berkhasiat tidak sedap. Hanya menggunakan sedikit daya kreativiti dalam penyediaannya ia boleh menjadi satu hidangan yang enak dan sihat untuk seisi keluarga.
Makanan berkhasiat yang lengkap mengikut piramid makanan serta kurang kandungan minyak, gula dan garam bukanLAH sukar untuk disediakan.
Namun dalam kesibukan hari ini, para ibu atau wanita terutama yang bekerjaya sering mengambil ringan mengenainya. Yang selalu menjadi amalan berikutan ia pilihan terbaik yang cepat dan mudah adalah dengan membeli sahaja makanan siap dimasak di kedai.
Kandungan bahan perasa seperti garam dan gula yang tinggi dalam satu-satu hidangan menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat hari ini berhadapan dengan pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung serta obesiti.
   
Kreatif dalam masakan  

Mengubah cara memasak daripada kebiasaan secara perlahan-lahan adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan ke arah amalan makanan sihat.
Pakar Pemakanan Nestle (Malaysia) Nurul Illiani Ahmad berkata ia tidak boleh dilakukan secara drastik dengan mengubah cara keseluruhan masakan, sebaliknya perlu dimaklumkan kepada ahli keluarga mengenai cara masakan dan bahan yang perlu dikurangkan. 
"Jadi tidaklah ahli keluarga terkejut dan tidak mahu memakan masakan yang dihidangkan kerana serba serbi dirasakan kurang," katanya.
Mengambil contoh memasak kari ayam. Dengan menggunakan sedikit kreativiti, santan yang biasa digunakan ketika memasak kari boleh diganti dengan dadih bagi mengurangkan kadar kalori dalam masakan itu, katanya.
Bagi mendapatkan sumber zat lain pula, bolehlah dicampur masakan itu dengan pelbagai sayuran yang bersesuaian seperti bendi, lobak merah, tomato, kentang dan kacang panjang.
"Ketika menumis, sudah tentu kita menggunakan minyak. Jika terlihat banyak minyak yang terapung dalam masakan itu, kita keluarkannya terlebih dahulu sebelum dihidangkan," katanya pada majlis Bersama Media dan Bengkel Memasak anjuran Nestle di Dapur Maggi Masak-Masak baru-baru ini. 
     
Kurangkan gula dan garam dalam masakan  

Sememangnya nikmat kesedapan sesuatu makanan akan hilang tanpa garam dan gula yang secukupnya sebagai pelengkap rasa. Malah rakyat Malaysia mengambil garam sekurang-kurangnya 8.7 gram garam sehari melebihi 1.7 gram yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Selain pengambilan garam, penggunaan garam tersembunyi seperti dalam sos tiram, kicap, sos lada hitam dan seumpama boleh meningkatkan lagi risiko penyakit darah tinggi, jantung dan angin ahmar yang dialami ramai rakyat negara ini.
Cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan garam adalah cuba elak menambah lagi garam dalam masakan sekiranya mengguna bahan yang mengeluarkan rasa masin.
"Contohnya, penggunaan ikan bilis dalam masakan dan sos tiram, yang memberi rasa masin. Jadi tak perlulah tambah garam lagi.
"Begitu juga dengan gula. Gunakan kreativiti bagi menggantikan perasa itu untuk menjadikan masakan lebih enak seperti penggunaan herba seperti kayu manis dan buah pala yang memberi aroma yang sedap pada makanan," kata Nurul Illiani.
Cuba amalkan merasa dahulu masakan yang dimasak sebelum meletakkan bahan perasa, garam atau gula pada masakan.
Selain itu, mengubah cara memasak daripada menggoreng kepada mengukus, memanggang dan merebus adalah cara terbaik yang boleh menggurangkan penggunaan minyak serta membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
Menurut beliau lagi, pastikan juga lemak dalam daging lembu atau kambing dibuang serta lebih elok menggunakan ayam tanpa kulit ketika memasak.
"Ia mempunyai kadar lemak dan minyak yang tinggi dan seelok-eloknya kurangkan pengambilan daging dan lebihkan pengambilan ikan dan sayur-sayuran," katanya.
   
 Guna teknik yang betul   
   
Cara penyediaan sesuatu makanan itu juga sangat penting bagi memastikan zat dalam makanan itu tidak hilang.

Nurul Illiani berkata, dalam menyediakan sayuran misalnya, tidak perlu menggoreng atau merebusnya dalam jangka masa yang lama hingga sayur itu layu dan tidak segar.
Selain itu, cara pemotongan sayur seelok-eloknya dalam saiz yang besar agar zat yang terkandung di dalamnya tidak hilang.
"Pastikan membasuh dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan yang digunakan sebelum memotongnya dan ketika memasak tutup sayuran itu agar zatnya tidak hilang," katanya.
Beliau turut menggalakkan penggunaan bahan perasa semulajadi seperti limau untuk mendapatkan rasa masam dalam masakan serta herba bersesuaian bagi menjadikan makanan lebih enak.
Pada majlis itu Eksekutif Chef Maggi, Chef Abdul Muluk Rambli menunjukkan demonstrasi cara masakan mudah menggunakan produk Maggi.
Antaranya hidangan kari ayam, ayam masak kicap dan masak merah serta nasi ayam hainan dan nasi briyani. Kesemuanya menggunakan rencah segera Maggi yang kini terdapat di pasaran.
Lebih menarik apabila Chef Muluk turut menunjukkan demontrasi menyedia salad menggunakan Mee Kari Maggi bersama sayur-sayuran segar.
Kira-kira 15 wakil media yang hadir turut diberi peluang mencuba kemahiran memasak menerusi pertandingan memasak menggunakan resepi dan bahan daripada Maggi. - Bernama

Sinar Harian

Friday, 21 June 2013

AWAS! DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI PEMBUNUH SECARA SENYAP

Menurutnya, penyakit ini akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung, strok dan juga kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, lebih-lebih lagi jika hipertensi tersebut tidak dikawal dengan baik.

Hipertensi pembunuh senyap
Dr Anwa menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pegunjung pada Sambutan Hari Kesihatan sedunia 2013 peringkat negeri Terengganu.

Hipertensi pembunuh senyap


KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merencana pelbagai program cara hidup sihat, pendekatan, kaedah dan strategi untuk meningkatkan pengetahuan, dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi yang merupakan pembunuh secara senyap ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, penyakit tersebut merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada biasa yang berlaku ke atas arteri semasa peredaran darah.

Menurutnya, penyakit ini akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung, strok dan juga kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, lebih-lebih lagi jika hipertensi tersebut tidak dikawal dengan baik.

“Walaupun telah berlaku penurunan iaitu daripada 30 peratus pada 1996 kepada 26.8 peratus pada 2011, namun sebanyak 16.3 peratus penduduk di negeri ini tidak menyedari bahawa mereka penghidap hipertensi kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini. 

“Justeru, orang ramai diharapkan melakukan pemeriksaan saringan di klinik dan hospital berdekatan, yang boleh dilakukan sendiri bagi mengetahui tahap tekanan darah meskipun tidak alami masalah kesihatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan pada Sambutan Hari Kesihatan sedunia 2013 peringkat negeri Terengganu dengan bertemakan ‘Hipertensi, Tolong Kurang Garam’ di pekarangan Pasaraya Hypermarket Giant, Kuala Terengganu, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata risiko kompilasi akibat hipertensi ini akan meningkat jika individu tersebut mempunyai lain-lain faktor seperti penyakit diabetes, tahap kolesterol yang tinggi dan merokok. 

Beliau turut menyarankan orang ramai supaya membudayakan enam langkah mengurangkan kemungkinan mendapat hipertensi, antaranya, sasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHG atau kurang dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin.

“Hadkan pengambilan garam kurang daripada lima gram sehari termasuk tersembunyi yang terdapat dalam makanan terproses. Gunakan perisa asli seperti rempah ratus yang diproses sendiri untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain,

“Kekal aktif setiap hari dengan melakukan aktiviti fizikal sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian dengan bersenam yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga kali seminggu (150 minit seminggu),” katanya.

Selain itu, kekalkan berat badan unggul (BMI) 18.0 hingga 24.9 kg/M2, dan pengurangan berat badan mampu juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Kepada yang merokok, dapatkan khidmat di Klinik Berhenti Merokok di klinik kesihatan dan hospital berdekatan kerana merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan teknik 10B dalam menangani tekanan  dengan berkesan iaitu Bertenang, Bernafas dengan dalam dan perlahan, Belajar untuk relaks, Beribadat, Berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai, Berurut, Berehat dan mendengar muzik, Beriadah, Bersenam secara tetap dan Berfikiran Positif.

Katanya, kesemua tindakan sekiranya diamalkan, mampu mencegah dan mengawal penyakit hipertensi dalam kalangan masyarakat kita. Langkah tersebut ditujukan khas kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan, tukang masak di restoran, kafeteria, gerai, restoran makanan segera dan sebagainya.



Sinar Harian