Pages

Saturday 7 January 2012

TERUKIR DI BINTANG LAGU CINTA YUNA BUAT QI

“Kesemua lagu dalam album ini telah lama dihasilkan sejak tahun lalu lagi, hanya menunggu masa sahaja untuk dikumpulkan menjadi satu album,” katanya yang tidak menolak tanggapan lagu Terukir Di Bintang ditujukan kepada kekasih hatinya, Qi.

Yuna & Diandra


- Lagu cinta Yuna buat Qi -

Sekian lama menunggu kelahiran album baru daripada penyanyi dan penulis lagu berbakat besar, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, akhirnya gadis manis ini muncul dengan album kedua, Terukir Di Bintang.

Seperti menggambarkan rasa cintanya kepada seseorang yang bertakhta di hati, album terbaru Yuna ini nyata menunjukkan peralihan mood penyanyi wanita ini dalam berkarya biarpun sesetengah lagu yang dimuatkan dalam album ini terdapat dalam album EP US.

Mengambil judul album daripada salah satu lagu yang terkandung dalam album barunya itu, Yuna berkata, kekuatan album keduanya ini terletak pada konsep yang diketengahkan iaitu lebih santai dan perlahan.

“Jika album pertama mengetengahkan konsep alternatif, album kali ini lebih santai dan perlahan sesuai dengan usia saya sekarang. Album ini juga menunjukkan sisi berbeza saya dalam berkarya.

“Kesemua lagu dalam album ini telah lama dihasilkan sejak tahun lalu lagi, hanya menunggu masa sahaja untuk dikumpulkan menjadi satu album,” katanya yang tidak menolak tanggapan lagu Terukir Di Bintang ditujukan kepada kekasih hatinya, Qi.

Yuna yang ditemui semasa pelancaran albumnya di Kuala Lumpur berkata, lagu Terukir Di Bintang dipengaruhi elemen klasik hasil rakamannya sebelum ini yang mendendangkan lagu Gelora Jiwa dan Bulan Ditutup Awan.
Album Terukir Di Bintang mengandungi lapan lagu; dua daripadanya lagu dalam Bahasa Melayu dan enam lagi lagu dalam Bahasa Inggeris.


Perkenal artis rakaman baru

Selain melancarkan album sendiri, Yuna memperkenalkan artis baru, Diandra Arjunaidi untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya, Yuna Room Records.

Menurut Yuna, kebolehan yang ada pada Diandra menyebabkan dia percaya penyanyi muda ini boleh pergi jauh dalam bidang seni suara.

“Pertama kali melihat persembahan Diandra secara live di Moonshine saya sudah tertarik mendengar suaranya. Dari situ saya sudah lihat kebolehan yang ada pada Diandra. Bukan mudah untuk melakukan persembahan secara live dan dia ada kebolehan tersebut.

“Selain boleh menyanyi dengan baik, dia juga pandai mencipta lagu. Kesemua lagu yang terdapat dalam albumnya merupakan ciptaan Diandra sendiri. Saya hanya membantu Diandra memperkenalkan karyanya kepada umum,” katanya yang tidak mahu peminat menyamakan mereka kerana konsep muzik yang dibawa berbeza.

Dalam pada itu, Yuna turut mengakui kedua-dua mereka membawakan lagu yang berbentuk relaks.

Namun, penulisan lagu yang dihasilkan kedua-duanya jelas berbeza selain mempunyai imej yang berlainan.

Album pertama Diandra menggunakan namanya sendiri sebagai judul album, Diandra Arjunaidi yang mengandungi tujuh lagu; enam lagu Bahasa Inggeris dan satu lagu Bahasa Melayu.

Sumber : SH

No comments:

Post a Comment