Pages

Showing posts with label Video YouTube Shila Amzah Ombak Rindu. Show all posts
Showing posts with label Video YouTube Shila Amzah Ombak Rindu. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

POLIS : SHILA AMZAH DILAPOR HILANG 6 HARI SUDAH DITEMUI

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Shila buat kenyataan guna YouTube, minta maaf
Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin.


- Shila Amzah dilapor hilang sudah ditemui -


SHAH ALAM - Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.

Sinar Harian



** Untuk lain-lain cerita berkaitan Shila Amzah klik link di bawah :




Saturday, 9 February 2013

SHILA AMZAH : VIDEO YOUTUBE OMBAK RINDU

Shila Amzah.. Pesanan Buat Semua & Lagu Ombak Rindu


Banyakkan bersabar ye Shila.. Hadapi dugaan ini dengan tabah dan tenang. Insyaallah pasti ada keputusan terbaik untuk Shila atas apa yang terjadi ini.. 






Lirik Lagu Ombak Rindu–Nyanyian Penyanyi Asal Hafiz/Adira


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku