Pages

Showing posts with label Sidang akhbar Afiq Muiz. Show all posts
Showing posts with label Sidang akhbar Afiq Muiz. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

ISU ANAK DERHAKA: SIDANG MEDIA AFIQ MUIZ BURUKKAN KEADAAN

Tindakan Afiq itu turut mendapat teguran Shila Amzah yang menyifatkan media bukanlah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan isu peribadi. Ternyata pengalaman lalu memberikan pengajaran yang sangat hebat buat Shila sehingga dia sanggup bersuara.

Afiq Muiz
Afiq Muiz

Terdahulu di Jz Online News :




Afiq oh Afiq!


NAMA Afiq Muiz tiba-tiba menjadi popular sekelip mata. Bukan kerana karier seninya tetapi kerana isu 'anak derhaka'. Tindakan Afiq mengadakan sidang media bagi mempertahankan dirinya baru-baru ini, mungkin bukan cara yang bijak apabila aktor itu menerima cemuhan masyarakat.

Walaupun ibunya, Hasliza Mohd, 48, terlebih dahulu membuka pekung di dada, namun sebagai anak, Afiq harus tahu hadnya sebagai anak. Lebih memburukkan keadaan apabila sidang media itu turut disertai teman wanitanya, Eina Azman, yang bermati-matian mempertahankan Afiq.

Tindakan Afiq itu turut mendapat teguran Shila Amzah yang menyifatkan media bukanlah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan isu peribadi. Ternyata pengalaman lalu memberikan pengajaran yang sangat hebat buat Shila sehingga dia sanggup bersuara.

Kepada Afiq, ramai yang mengharapkan agar dia dan ibunya berbaik. Siapalah kita, tanpa ibu!


Sinar Harian

Thursday, 16 May 2013

'SAYA TIDAK DERHAKA TAPI DIHALAU DARI RUMAH' - AFIQ MUIZ


Itulah ungkapan bela diri daripada pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, terhadap dakwaan ibu kandungnya, Hasliza Mohd.

Saya bukan anak derhaka - Afiq Muiz
Gambar Carian Google


Terdahulu di Jz Online News :


Saya bukan anak derhaka - Afiq Muiz


KUALA LUMPUR 14 Mei - "Saya tidak derhaka tetapi dihalau keluar dari rumah oleh ibu."

Itulah ungkapan bela diri daripada pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, terhadap dakwaan ibu kandungnya, Hasliza Mohd.

Hari ini, ibu kandung kepada pelakon drama Mimpi Cinderella itu dalam sebuah portal berita menyatakan rasa terkilan akan perubahan sikap anak bujangnya setelah bergelar pelakon dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita, Ainur Syakina Azman atau Eyna.

Menurut Afiq, dia tidak meninggalkan rumah tetapi dihalau keluar setelah berlaku salah faham antara mereka berdua.

"Antara saya dan ibu ada berlaku sedikit salah faham apabila ibu menganggap rakan baik saya, Eyna cuba mengikis harta saya. Sesungguhnya saya sedih dengan sikap ibu yang langsung tidak memikirkan kesan perkara ini terhadap saya.

"Saya percaya ibu melakukan itu semua sebab tidak puas hati dengan saya yang enggan menanggung perbelanjaan keluarga dan sekali gus menyalahkan Eyna. Sedangkan Eyna tidak terbabit langsung," katanya sedih.

Afiq yang mengadakan sidang akhbar tergempar untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan keluarga di Subang, Selangor hari ini, turut ditemani oleh Eyna. - UTUSAN ONLINE