Pages

Showing posts with label Lintah. Show all posts
Showing posts with label Lintah. Show all posts

Monday, 9 December 2013

LINTAH MASUK KEMALUAN 2 KANAK-KANAK KETIKA MAIN BANJIR

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.

Banjir: Lintah masuk kemaluan kanak-kanak
Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam.

Banjir: Lintah masuk kemaluan kanak-kanak

KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.


Banjir: Lintah masuk kemaluan kanak-kanak
Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam.


Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.

“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.

“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.

Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.

Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.

Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika  banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.

“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.

“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.

Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu  terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’

“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.



Sinar Harian

Saturday, 27 July 2013

LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS

Lepas itu, ibu bapa anak tersebut ditanya oleh Doktor "makanan apa yg budak itu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS



MESTI BACA KEPADA PEMINAT-PEMINAT SAYUR!


Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun demam tak sembuh.

Lepas itu, ibu bapa anak tersebut ditanya oleh Doktor "makanan apa yang budak itu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran bersama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak itu telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak ialah batangnya.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada keluarga / rakan-rakan yang mengalami hal tersebut , lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yang anda kenal menekan SHARE..

SHARE kepada semua , biar semua tahu ..

INFO @ Malaysia

* Salinan asal menggunakan ejaan ringkas tetapi Jz telah betulkan ejaan.