Pages

Showing posts with label Kes Terkini Letupan Bom Di Tumpat. Show all posts
Showing posts with label Kes Terkini Letupan Bom Di Tumpat. Show all posts

Friday, 16 August 2013

KERANI SEKOLAH MAUT BOM MELETUP BUKAN SASARAN SEBENAR PENGEBOM

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kes letupan
KERANI SEKOLAH MAUT BOM MELETUP BUKAN SASARAN SEBENAR PENGEBOM

Untuk Baca Berita Berkaitan, Klik Link Di Bawah :




Kerani sekolah bukan sasaran sebenar pengebom

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat. - Bernama



Sinar Harian

Wednesday, 14 August 2013

KES LETUPAN BOM KERANI SEKOLAH: ANGGOTA TENTERA DIREMAN 7 HARI

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

Kes letupan
KES LETUPAN BOM KERANI SEKOLAH: ANGGOTA TENTERA DIREMAN 7 HARI



Baca Ini Juga :


Kes letupan: Anggota tentera direman 7 hari

KOTA BHARU - Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

"Suspek ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketikamengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.

Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahanletupan. - Bernama



Sinar Harian