Pages

Showing posts with label Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai Maut Bom Meletup. Show all posts
Showing posts with label Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai Maut Bom Meletup. Show all posts

Friday, 16 August 2013

KERANI SEKOLAH MAUT BOM MELETUP BUKAN SASARAN SEBENAR PENGEBOM

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kes letupan
KERANI SEKOLAH MAUT BOM MELETUP BUKAN SASARAN SEBENAR PENGEBOM

Untuk Baca Berita Berkaitan, Klik Link Di Bawah :




Kerani sekolah bukan sasaran sebenar pengebom

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat. - Bernama



Sinar Harian

Wednesday, 14 August 2013

KES LETUPAN BOM KERANI SEKOLAH: ANGGOTA TENTERA DIREMAN 7 HARI

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

Kes letupan
KES LETUPAN BOM KERANI SEKOLAH: ANGGOTA TENTERA DIREMAN 7 HARI



Baca Ini Juga :


Kes letupan: Anggota tentera direman 7 hari

KOTA BHARU - Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

"Suspek ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketikamengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.

Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahanletupan. - Bernama



Sinar Harian

Monday, 12 August 2013

MOHD YUSRIZAL MAUT AKIBAT LETUPAN BOM

Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.


Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup di Tumpat
MOHD YUSRIZAL MAUT AKIBAT LETUPAN BOM

Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup

TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.
   
Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.
  
"Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.
   
"Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.
   
Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham, yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah mertuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.     

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat.
   
Norliana Nazihah berkata kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam semalam selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota Baharu.
   
Beliau dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang ini namun menangguhkannya susulan kejadian itu.
   
Sementara itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tiba pada 4 petang tadi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. - Bernama



Sinar Harian