Pages

Showing posts with label Kadar BR1M Yang Baru. Show all posts
Showing posts with label Kadar BR1M Yang Baru. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

BR1M TERKINI: JUMLAH LEBIH TINGGI & DIBAYAR BERPERINGKAT SELEPAS BAJET 2014

Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran jumlah BR1M yang diterima rakyat juga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

BR1M dibayar berperingkat
Ahmad Husni berbual dengan murid-murid Sekolah Agama Rakyat Ishaniah sambil diperhatikan oleh Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamad Zainal Abidin (tengah) selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ishaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 hari ini.

BR1M dibayar berperingkat

IPOH – Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat kepada rakyat yang layak untuk pemberian seterusnya selepas pembentangan Bajet 2014.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pemberian itu dilakukan mengikut kesesuaian perbelanjaan rakyat.

Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran jumlah BR1M yang diterima rakyat juga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Kita telah menyediakan draf pertama Bajet 2014 dan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita masih lihat dan memperkukuhkan draf bajet berkenaan namun, jumlah sebenar BR1M masih belum ditentukan tetapi jumlahnya pasti melebihi RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ihsaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, golongan pertengahan turut diberi perhatian dengan mengambil beberapa pendekatan bagi meringankan beban mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 dan RM5,000.

“Kita akan terus beri bantuan dengan melihat dari semua kemungkinan walaupun pengurangan subsidi minyak dilaksanakan. Model bantuan yang akan dilaksanakan, kita tunggu pembentangan bajet.

“Dari segi jangka panjang, kita tumpu usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat termasuk dalam Transformasi Ekonomi Negara yang dilaksanakan,” katanya.



Sinar Harian

Saturday, 10 August 2013

KADAR BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) NAIK TAHUN DEPAN

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. 
KADAR BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) NAIK TAHUN DEPAN
- Gambar Carian Google


Kerajaan naikkan kadar BR1M tahun depan: Ahmad Husni


IPOH: Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. 

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. 

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. 

BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lalu adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah. 

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya. 

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. - BERNAMA


Berita Harian