Pages

Showing posts with label Cara Isi Borang Politeknik. Show all posts
Showing posts with label Cara Isi Borang Politeknik. Show all posts

Monday, 9 September 2013

POLITEKNIK TAWAR PELBAGAI PROGRAM PENGAJIAN TERKINI

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah berkata, sebanyak 49 program pengajian terbaru merangkumi pelbagai bidang ditawarkan bermula tahun ini sehingga 2018.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah
Kamaruddin Hamzah

Politeknik tawar pengajian pelbagai bidang

BUKIT MERTAJAM - Politeknik kini mengorak langkah apabila menawarkan pelbagai program pengajian terkini bagi memenuhi keperluan pelajar tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah berkata, sebanyak 49 program pengajian terbaru merangkumi pelbagai bidang ditawarkan bermula tahun ini sehingga 2018.

“Program yang dirangka khusus terangkum di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang mana 20 daripadanya merupakan program ijazah.

Sebanyak 27 daripadanya merupakan program diploma manakala dua daripadanya merupakan program diploma lanjutan.

“Kesemua bidang yang ditawarkan ini menjanjikan peluang pekerjaan meluas selepas graduan menamatkan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-13 Politeknik Seberang Perai (PSP) di Dewan Seri Mutiara, semalam.

Beliau berkata, program ‘home grown’ dan kurikulum yang dirangka khas memberi banyak manfaat kepada pelajar.

“Sebagai contoh, bagi pelajar jurusan diploma, tempoh dua tahun akan dihabiskan untuk pengajian dan kemudian akan diserap terus melalui latihan industri bagi tahun akhir.

“Latihan berdasarkan pekerjaan sebenar akan diterapkan bagi memastikan mereka mendapat pendedahan yang diperlukan selepas bergelar graduan,” katanya.

Kamaruddin berkata, secara puratanya sebanyak 76 peratus graduan politeknik memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

“Usaha sama yang dijalinkan antara politeknik dan agensi serta syarikat swasta menjadi platform untuk meningkatkan peluang mereka untuk menceburi bidang pekerjaan.

“Ini bertepatan dengan usaha kami bagi memastikan pelajar bukan sahaja cekap, malah berkebolehan dalam mana-mana bidang yang diceburi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa imej politeknik akan ditingkatkan secara berperingkat.

“Sebagai sebuah IPTA yang melahirkan graduan berkualiti, kami akan bergerak secara komprehensif untuk menaikkan imej sekali gus mengubah persepsi umum.

“Politeknik kini lebih unggul dalam melahirkan graduan berkualiti dan berkebolehan sejajar dengan pertambahan program pengajian pelbagai bidang yang ditawarkan,” katanya.



Sinar Harian

Tuesday, 26 March 2013

PANDUAN ISI BORANG ONLINE MASUK IPTA LEPASAN SPM 2012 / 2013


SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA LEPASAN SPM / 
SETARAF SESI AKADEMIK 2012 / 2013



Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online
  • Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
  • Baca Manual Panduan Mengisi Borang di  [ sini ]
PERMOHONAN
  • Login
Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID;
    • Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
    • Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
  • Nama Ibu
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
      1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
      2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
      • Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
      • Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernyataan Ya atau Tidak
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
  • Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
Semak semua maklumat yang telah diisi
  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini