Pages

Showing posts with label Awi Rafael & Shasha Saidin. Show all posts
Showing posts with label Awi Rafael & Shasha Saidin. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

AWI RAFAEL MUAT NAIK GAMBAR KEKASIH BARU IRAS HANEZ SURAYA?

Mengulas lanjut mengenai wanita itu, Awi memberitahu, Sarah adalah seorang artis baru untuk sebuah band dan dia hanya bertindak sebagai penulis lagu kepada band berkenaan.

Awi Rafael
AWI RAFAEL MUAT NAIK GAMBAR KEKASIH BARU IRAS HANEZ SURAYA?

Cinta baru Awi Rafael?

PERNAH dikaitkan dengan Shasha Elite, pelantun Pulanglah ini kembali menjadi perhatian setelah gambar mesranya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne, sengaja dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Menafikan hubungan cinta yang terjalin, Awi Rafeal berkata, hubungan mereka tak lebih dari rakan kerja.

“Mana ada kami bercinta. Lagipun, dia kawan biasa sahaja. Sebenarnya, tiada apa-apa hubungan istimewa di antara saya dengan dia. Hubungan kami hanyalah pada urusan kerja semata-mata,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai wanita itu, Awi memberitahu, Sarah adalah seorang artis baru untuk sebuah band dan dia hanya bertindak sebagai penulis lagu kepada band berkenaan.

“Pihak pengurusan band itu melantik saya untuk menulis lagu kepada mereka.

"Jadi, saya rapat dengannya adalah kerana perkara itu," katanya lagi.

Di tebak pertanyaan mengenai wajah Sarah yang mempunyai iras seperti Hanez Suraya, penyanyi kelahiran Singapura ini terus menepis dakwaan itu.

“Tak ada lah. Sepanjang saya berkawan dengan dia, Awi tak pernah terfikir akan perkara itu,” katanya yang pernah menjalinkan hubungan serius bersama Hanez.

Fokus kerja

Dalam pada itu, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer berkata, dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian dan lakonan.

“Fokus saya hanyalah pada kerja!. Malah, video klip lagu Kalau Aku Kaya duet bersama Altimet mendapat dua juta ‘view’ di Youtube.


Sinar Harian

Wednesday, 4 September 2013

AWI RAFAEL & SHASHA SAIDIN SEDANG HANGAT BERCINTA?

“Saya senang berkawan dengannya. Dia (Shasha) seorang kawan yang baik dan ibu yang bertanggungjawab. Dia juga cukup ‘sempoi’," ujar Awi yang baru putus cinta dengan Hanez Suraya.

Awi Rafael
Awi Rafael

Awi Rafael jelas hubungan bersama Shasha

SEJAK akhir-akhir ini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Kalau Aku Kaya', Awi Rafael sering dikaitkan dengan aktres cantik, Shasha Saidin, sehingga ada yang mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

Menafikan hubungan cinta yang terjalin, Awi bagaimanapun mengakui dia sangat menghormati dan ikhlas berkawan dengan ibu tunggal itu.

“Saya senang berkawan dengannya. Dia (Shasha) seorang kawan yang baik dan ibu yang bertanggungjawab. Dia juga cukup ‘sempoi’," ujar Awi yang baru putus cinta dengan Hanez Suraya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka, Awi berkata, dia dan Shasha mula rapat untuk sebuah projek ‘Girl Band’. Jelasnya, sebagai bekas anggota Elite, Shasha banyak menjadi rujukannya.  

"Saya dalam perancangan untuk membentuk sebuah kumpulan wanita yang dianggotai artis baru ala-ala kumpulan Elite dan Shasha banyak membantu saya.
"Mungkin dari situ ia disalah ertikan," katanya.   

Dalam pada itu, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer itu berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada bidang nyanyian dan lakonan.

“Video klip lagu ‘Kalau Aku Kaya’ duet bersama Altimet mendapat sejuta ‘like’ di You Tube.

“Ini menunjukkan saya serius dengan tahap kerjaya saya sekarang,” katanya sambil memberitahu hasratnya ingin bekerjasama dengan penyanyi dari Indonesia suatu hari nanti.



Sinar Harian