Pages

Showing posts with label Ashraf Muslim Terkini. Show all posts
Showing posts with label Ashraf Muslim Terkini. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM TIDAK PERNAH SETUJU DIMADUKAN

Menurut Lokman, Ashraf telah pun bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya yang sebelum ini bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan anaknya, Noordayana Lokman.

Bapa mertua Ashraf: Dayana tak rela dimadukan
DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM TIDAK PERNAH SETUJU DIMADUKAN

Terdahulu di Jz Online News :


Bapa mertua Ashraf: Dayana tak rela dimadukan


BAPA mertua pelakon Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid mengesahkan menantunya itu telah berkahwin buat kali kedua.

Menurut Lokman, Ashraf telah pun bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya yang sebelum ini bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan anaknya, Noordayana Lokman.

Ditanya sama ada anaknya itu pasrah jika Ashraf berkahwin lain, Lokman, yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, berkata, Dayana tidak pernah bersetuju untuk dimadukan.

“Jika Dayana setuju, masakan Ashraf memfailkan permohonan berpoligami di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, Dayana mengetahui suaminya berkahwin lain hanya selepas hampir seminggu Ashraf bernikah apabila menemui tiket kapal terbang dalam beg pakaian Ashraf.

Menurutnya, dia tahu hubungan Ashraf dengan seorang wanita lain, apabila Ashraf membuat pengakuan di depan Kaabah sewaktu mereka menunaikan umrah, sembilan bulan selepas Ashraf dan Dayana bernikah.

"Selepas apa yang berlaku, Dayana setia dan hormat Ashraf sebagai suami serta masih tinggal bersama,” katanya.

Semalam, Ashraf menarik balik permohonan berpoligami dan tindakan itu dibuat selepas mahkamah tinggi dimaklumkan, Ashraf telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, minggu lalu.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf membayar kos RM8,000 kepada isteri pertamanya,  Dayana sebagai kos.

Peguam Syarie, Zukifli Che Yong, yang mewakili Dayana memaklumkan, Ashraf, 32, pada 9 April lalu memfailkan permohonan berpoligami.



Sinar Harian

Friday, 7 June 2013

ASHRAF MUSLIM LETAK JAWATAN KETUA DI PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH

Peletakan jawatan Ashraf diumumkan oleh pusat perubatan Al-Hidayah dalam laman web mereka.

Ashraf Muslim
Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

Ashraf Muslim letak jawatan di pusat rawatan Islam


PETALING JAYA - Pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu.


Perkara itu diumumkan pihak pengurusan pusat rawatan tersebut dalam satu entri di laman web rasmi mereka Rabu lalu.

Dalam entri itu turut menyebut, Ashraf juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf iaitu Lokman Abdul Hamid, 52, dan beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Peletakan jawatan Ashraf diumumkan oleh pusat perubatan Al-Hidayah dalam laman web mereka.

"Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu.

Ashraf sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.

Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.



Sinar Harian

Friday, 10 May 2013

SAYA DIFITNAH - ASHRAF MUSLIM

Bagaimanapun, ia juga bukan berkisar perihal penceraian sebaliknya Ashraf dikatakan akan berpoligami tidak lama lagi dengan kebenaran isteri pertama.

Ashraf Muslim
Ashraf Muslim

Ashraf Muslim: Saya difitnah


Tiada angin, tiada ribut, nama Ashraf Muslim tiba-tiba kembali menjadi perhatian.

Bukan kerana kisah karier seni atau pun perihal klinik kesihatannya, tetapi mengenai kisah rumah tangga yang baru dua tahun terbina.

Bagaimanapun, ia juga bukan berkisar perihal penceraian sebaliknya Ashraf dikatakan akan berpoligami tidak lama lagi dengan kebenaran isteri pertama.

Ashraf yang dihubungi Zass menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), menolak untuk ditemubual dan lebih selesa untuk berdiam diri dan bersabar.

Twitter milik Ashraf Muslim


"Maaf ya, dengan rendah diri saya belum masanya untuk saya menjelaskan perkara sebenar. Lagipun orang media buat fitnah pasal saya, jadi lagilah saya akan berdiam diri dan bersabar," jelasnya.

Malah menerusi akaun Twitter miliknya, Ashraf turut meluahkan rasa sama: "Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah atas kepentingan sendiri. Ingat kita ada ALLAH," ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Ashraf menerusi kenyataannya di sebuah akhbar, tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit.

Tindakan Ashraf berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal dikahwininya.

Sementara itu, dalam temu bualnya bersama Zass sebelum ini, Ashraf reda dengan ketentuan dan rezeki daripada ALLAH SWT, namun dia dan isterinya, Dr Noor Dayana Lokman, masih tidak berputus asa untuk menimang cahaya mata.

Menurut pelakon filem, Aku Masih Dara ini, mereka masih berusaha dan menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian Ilahi.

“Memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari.

“Malah, kami turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden. Kami percaya, ia hanyalah ujian dari-Nya untuk menduga tahap kesabaran kami.

“Pun begitu, saya bersyukur kerana rumah tangga kami masih tetap utuh dan ia bukanlah alasan untuk kita beralih arah,” katanya.

Asyraf dan Dayana selamat disatukan pada 30 Ogos 2011 di Kota Suci, Makkah.



Sinar Harian

Thursday, 9 May 2013

SAKINAH BAKAL ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM? | ISTERI SEDIA BERMADU


Perkara itu dinyatakan oleh Sakinah, seorang gadis yang dikaitkan bakal bergelar isteri kedua kepada Ashraf Muslim.

Ashraf Muslim dan Dayana diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci , Makkah.

Isteri Ashraf Muslim Dikatakan Sedia Bermadu



Kuala Lumpur - Berita semalam mengenai Ashraf Muslim akan beristeri dua semakin hangat diperkatakan bahawa isteri Ashraf, Dayana telah bersedia untuk bermadu.
Dikatakan Dayana mengenalinya dan sudah berjumpa untuk membincangkan hal tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh Sakinah, seorang gadis yang dikaitkan bakal bergelar isteri kedua kepada Ashraf Muslim.
Isu hangat ini diperkatakan selepas sebuah laman forum mendedahkan yang aktor itu akan beristeri dua tidak lama lagi.
Sakinah menyerahkan keputusan di tangan Ashraf untuk memperisterikannya atau tidak dan dia tidak mahu memberi apa-apa kenyataan tentang soal ini turut menyatakan kekecewaannya apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di sebuah mahkamah baru-baru ini.
Ashraf dan Dayana diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci , Makkah.