Pages

Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts
Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts

Friday, 19 July 2013

ANA HAWANA PENULIS SEBENAR PUISI, BUKAN DAYANA ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM

Ramai menyangka, puisi berkenaan telah ditulis oleh Noor Dayana sendiri dan ditujukan kepada suami sebagai sindiran dan luahan kekecawaannya, namun anggapan mereka semua salah.

ANA HAWANA PENULIS SEBENAR PUISI, BUKAN DAYANA ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM

Noor Dayana nafi tulis puisi untuk Ashraf Muslim

Noor Dayana nafi tulis puisi untuk Ashraf Muslim - Satu nukilan puisi yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana telah tersebar secara meluas di blog-blog dan portal hiburan sekitar petang Khamis.

Ramai menyangka, puisi berkenaan telah ditulis oleh Noor Dayana sendiri dan ditujukan kepada suami sebagai sindiran dan luahan kekecawaannya, namun anggapan mereka semua salah.

Puisi itu sebenarnya ditulis oleh orang lain dikenali Ana Hawana yang ternyata bersimpati dengan Noor Dayana kerana telah dikhianati suami sendiri dengan berkahwin perempuan lain tanpa pengetahuannya.


Berikut ialah isi kandungan nukilan puisi sedih yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana. Walaupun, puisi ini bukan hasil nukilan Dayana sendiri namun admin tetap tersentuh dan bersimpati. 







Thursday, 18 July 2013

PUISI DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM YANG SARAT RASA KECEWA

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

PUISI DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM YANG SARAT RASA KECEWA

PUISI DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM YANG SARAT RASA KECEWA
Berikut merupakan nukilan Noor Dayana yang dikongsikan menerusi akaun Facebook beliau petang ini.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Friday, 7 June 2013

ASHRAF MUSLIM LETAK JAWATAN KETUA DI PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH

Peletakan jawatan Ashraf diumumkan oleh pusat perubatan Al-Hidayah dalam laman web mereka.

Ashraf Muslim
Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

Ashraf Muslim letak jawatan di pusat rawatan Islam


PETALING JAYA - Pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu.


Perkara itu diumumkan pihak pengurusan pusat rawatan tersebut dalam satu entri di laman web rasmi mereka Rabu lalu.

Dalam entri itu turut menyebut, Ashraf juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf iaitu Lokman Abdul Hamid, 52, dan beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Peletakan jawatan Ashraf diumumkan oleh pusat perubatan Al-Hidayah dalam laman web mereka.

"Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu.

Ashraf sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.

Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.



Sinar Harian