Pages

Showing posts with label Anak Artis. Show all posts
Showing posts with label Anak Artis. Show all posts

Thursday, 8 August 2013

JIMMY SHANLEY TERUJA SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA ZAHRAH RANIA

Sesekali, hanya rengekan manja kedengaran di sebalik wajah yang sukar tersenyum itu. “Zahrah banyak memendam rasa, sama macam saya agaknya," demikian, gurau Jimmy mengatakan tentang anak tunggalnya itu.
Zahrah disifatkan Jimmy sebagai seorang anak yang baik.

Lebaran paling bermakna


HATI cukup tersentuh kala melihat kelibat dia mendakap erat anak kecil ini dalam kendungan. Ditepuk, dibelai dan didodoi tanpa sedikit pun kekok, sekaligus membibit beg bekalan susu anak di tangan pada pertemuan kami petang itu, Jimmy Shanley membawa imej sebagai seorang ayah ‘muda’ yang baik.Zahrah pula anak yang mengerti diri. Tidak banyak kerenah, malah sepanjang empat jam sesi fotografi, tidak sekalipun dia menangis. 

Sesekali, hanya rengekan manja kedengaran di sebalik wajah yang sukar tersenyum itu. “Zahrah banyak memendam rasa, sama macam saya agaknya," demikian, gurau Jimmy mengatakan tentang anak tunggalnya itu.

Pantas menyelongkar di sebalik tabir hidupnya, Jimmy mengaku kehadiran Syawal kali ini, telah membuatkan dia sedikit sebak, sebenarnya. Manakan tidak, sebolehnya, dia mahu setiap sambutan Aidilfitri ini dirai bersama keluarga yang pernah diidamkan. Namun siapa sangka percaturan hidupnya berbeza dengan insan lain yang bahagia.

“Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Ini kehidupan dan saya menerimanya seadanya," katanya, ringkas dan tegas.

Kini dia mampu tersenyum kerana Aidilfitri yang bakal mendatang esok, terisi dengan kehadiran cinta terbaru sekaligus membangkitkan rasa uja yang luar biasa.

Enggan momen penting ini berlalu begitu sahaja, Jimmy berkongsi persiapan kali pertama menyambut Aidilfitri ini dengan anak tunggalnya , Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Tidak banyak yang berbeza dari bapa-bapa lain, bagi Jimmy kehadiran anaknya kali ini lebih kepada pengubat buat dirinya setelah bertahun-tahun merasai keperitan.

“Sejak Mei lalu, saya sudah melalui rutin sebagai seorang bapa. Walaupun bukan sepenuhnya namun ia amat menarik sekali. Ternyata Zahrah seorang anak yang baik, sehingga saya rasa menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa tunggal bukan satu beban. Ia mudah," katanya.

Sungguhpun dalam tempoh seminggu dia hanya dapat bersama anaknya dalam waktu yang singkat, namun pengalaman itu dilihat cukup berharga buat dirinya terutamanya ketika sambutan Ramadan dan bakal Aidilfitri kali ini disambut buat kali pertama dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

“Tempoh setiap minggu menjaga Zahrah bermula hari Selasa sehingga Khamis. Ini bagi menghormati keputusan mahkamah. Hanya tempoh itu sahaja saya boleh berinteraksi dengan Zahrah.

“Tetapi ini perkara baru yang perlu saya sesuaikan untuk tahun mendatang memandangkan proses pembahagian masa itu akan berlaku secara selang seli," katanya yang akan bersama anaknya sehingga hari raya kedua.

Mengikut perancangan, Syawal pertama esok Zahrah akan bersamanya pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sungguhpun di kala ini Zahrah masih terlalu muda untuk memahami erti Syawal, bagi Jimmy sudah menjadi kewajipannya dia memastikan Syawal ini menjadi sempurna.

“Sebenarnya ini kali pertama Zahrah pulang ke Ipoh. Saya mahu terus membawanya ke kubur ayah saya. Biar dia kenal dan tahu, di mana kubur atuknya," katanya nada sarat gembira.

Menurut Jimmy, sungguhpun kehadiran Zahrah dalam hidupnya berlangsung dengan proses yang agak sukar, tiada apa yang mahu difikirkan kini selain bersyukur.

“Pengalaman paling indah perlu saya katakan di sini ialah apabila anak saya membalas pelukan saya. Itu merupakan antara momen paling indah dalam hidup mana-mana lelaki sekalipun," katanya.


Kahwin?

Kecoh sebelum ini yang memberitahu rupanya duda rebutan ini sebenarnya sudahpun berkahwin. Malah menurut sumber, wanita yang dimaksudkannya itu juga merupakan seorang ibu tunggal berstatus hartawan. 

Hanya ketawa, bagi Jimmy kisah ini hanya satu lagi selitan gosip mengenai dirinya.

“Tiada apa yang mahu saya komen mengenai hal itu setakat ini. Tapi perlu saya tegaskan memang saya mahu berkahwin lagi. Itu memang niat saya dari dahulu, tetapi biarlah, bukan sekarang masa untuk bercerita," katanya.

Bagi Jimmy masih ada sesuatu yang perlu diselesaikan dirinya sebelum dia mampu menjelaskan keadaan itu.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak boleh memberi apa- apa kenyataan buat masa ini. Bagaimanapun jika semuanya sudah selesai, maka pada masa itu nanti saya jelaskan. Kalau memerlukan saya membuat sidang akhbar saya akan buat," katanya.

Apa yang diinginkan Jimmy ialah, hadirnya seorang wanita yang mampu menerima dirinya seadanya.

“Dengan semua yang pernah berlaku, saya yakin saya hanya perlukan seorang isteri di sisi. Janda atau apa juga status bukan suatu masalah buat saya kerana yang penting saya tidak mahu lagi bercerai," katanya.

Belajar dari kesilapan lalu, menurut Jimmy, antara perkara penting yang mahu dia atasi kini adalah untuk tidak mahu membesar-besarkan hal kurang penting.

““Antara pengajaran penting yang saya belajar adalah untuk tidak terlalu membesar-besarkan pertelingkahan kecil," katanya jujur.



Utusan

Thursday, 4 July 2013

WAJAH ANAK SULUNG FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Lebih awal dari tarikh jangkaan, bayi lelaki seberat 4.39 kilogram itu dilahirkan di Australia jam 4.30 petang, Selasa lalu.

Diana Danielle selamat bersalin
Farid memuat naik gambar putera sulungnya itu melalui laman sosial Instagram miliknya

Diana Danielle selamat bersalin

TAHNIAH buat pelakon popular, Farid Kamil  di atas kelahiran bayi sulungnya bersama pelakon cantik, Diana Danielle.
Lebih awal dari tarikh jangkaan, bayi lelaki seberat 4.39 kilogram itu dilahirkan di Australia jam 4.30 petang, Selasa lalu.

Diana Danielle selamat bersalin
Twitter milik Farid Kamil

Berita gembira ini dikongsi pelakon filem, Lagenda Budak Setan itu melalui laman sosial Instagram miliknya.
Farid, 31, juga turut memuat naik gambar putera sulungnya itu dengan kata-kata 'Welcome to the world my son".

Sebelum ini, Farid memaklumkan bahawa Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai depan, namun tidak menyangka proses kelahiran berlaku lebih awal.


Farid Kamil, Diana Danielle
Farid Kamil, Diana Danielle - Foto Bernama


Kelahiran bayi sulung pasangan ini sekali gus menepis dakwaan sebelum ini yang mengatakan Diana telah selamat melahirkan anak.

Malah, kontroversi gambar bayi yang dimuat naik Farid beberapa bulan lalu jelas membuktikan bayi tersebut bukanlah anak mereka.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake.

Selepas beberapa bulan berkahwin, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 22, berhijrah ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Tunggu kepulangan Farid: Fadzil

Walaupun Diana dan Farid menyambut kelahiran permata hati mereka di Australia, namun berita gembira itu sangat ditunggu-tunggu keluarganya di ibu kota.

Menurut adik Farid yang juga pelakon, Fadzil Zahari, mereka hanya berdoa dari jauh untuk keselamatan Diana dan bayinya.

"Alhamdulillah, bertambah seorang lagi ahli keluarga kami. Saya dimaklumkan oleh abang saya, isterinya bersalin secara normal.

"Diana dan bayinya juga dalam kondisi yang baik. Mungkin saya tidak berpeluang untuk melawat mereka di sana kerana kesibukan kerja.

"Keluarga saya juga mungkin merancang untuk ke sana. Sekiranya tak dapat pergi, kami sekeluarga akan menanti kepulangan mereka bertiga ke sini kerana abang saya memberitahu yang mereka akan pulang," katanya.



Sinar Harian

Wednesday, 3 July 2013

ZURIAT: LISA SURIHANI & YUSRY BERSERAH PADA TAKDIR ILAHI

Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa.

 Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim
Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim

Cahaya mata: Lisa serah pada Ilahi

SETIAP pasangan yang berumah tangga, pasti mengimpikan kelahiran zuriat. Begitulah dirasai aktres, Lisa Surihani, 27.
Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa.

Lisa Surihani
Lisa Surihani


"Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua.

"Kalau merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua. Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya.

"Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya,"
katanya yang ditemui ketika majlis Ramah Mesra bersama Garnier dan Lisa Surihani.

Mengakui agak sepi tanpa tangisan kanak-kanak, pelakon filem 'Istanbul Aku Datang' ini berkata, dia amat sukakan kanak-kanak apabila melihat mereka membesar dan juga cara pemikiran mereka.

"Pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan hati saya sentiasa gembira apabila melihat gelagat mereka yang comel.

"Bila ada masa terluang saya akan bersama anak buah Arian Saif yang sentiasa membuatkan saya ketawa," katanya.

Impian terlaksana

Berkongsi perihal perkembangan terkininya, Lisa berkata, impiannya untuk berlakon di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya, walaupun berlakon di bawah arahan suami sendiri dia tetap menjalani sesi uji bakat seperti pelakon lain.

"Saya akui, ketika menjalani sesi uji bakat, saya agak ragu-ragu sama ada boleh lakukan atau tidak untuk filem terbaru ini.

"Bagi meneruskan impian sebelum ini, saya pandang pada sudut profesional untuk lakukan yang terbaik," katanya yang enggan mendedahkan tajuk filem tersebut.

Tidak bercakap atas dasar hubungan suami isteri, Lisa mengakui dia amat mengagumi hasil kerja Yusry.

"Saya melihat dia seorang yang profesional ketika mengarah apa jua filem yang dihasilkan.

"Setiap idea yang dikeluarkan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

Toleransi bersama pelakon juga tiada masalah," ujarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya cinta di Cappadocia.

Menanti Ramadan

Sementara itu, berkongsi mengenai sambutan bulan Ramadan yang akan menjelma beberapa hari lagi, Lisa berkata, dia berada teruja untuk menyambut Ramadan kali ini bersama Yusry.

Malah dia juga bersyukur kerana tidak akan terlibat dengan sebarang penggambaran, melainkan majlis-majlis berbuka sahaja.

"Saya gembira kerana tidak akan terlibat dengan apa-apa penggambaran melainkan sesi fotografi dan majlis berbuka sahaja.

"Yusry pula lebih suka berbuka di rumah berbanding di luar dan kami akan bergilir-gilir berbuka di rumah keluarga masing-masing.

"Selain itu, dapat juga kami solat berjemaah dan terawih bersama," katanya.



Sinar Harian

Monday, 10 June 2013

DIANA DANIELLE BELUM BERSALIN | ITU GAMBAR ANAK SAUDARA FARID KAMIL?

Sehingga kini, Farid mahupun Diana belum tampil menafikan perkara tersebut.

Farid Kamil
DIANA DANIELLE BELUM BERSALIN | ITU GAMBAR ANAK SAUDARA FARID KAMIL?

Terdahulu di Jz Online News :


Itu anak saudara Farid Kamil?


PELAKON, Farid Kamil menjadi tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram, semalam.


Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.

Sehingga kini, Farid mahupun Diana belum tampil menafikan perkara tersebut.

Namun, adik kepada pelakon itu, Fadzil menafikan dakwaan itu.

Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.

Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.

“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.

"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.



Sinar Harian

Sunday, 9 June 2013

FARID KAMIL & DIANA DANIELLE TIMANG ANAK PERTAMA

Farid Kamil memuat naik gambar bayi lelakinya itu di laman sosial, Instagram kira-kira jam 4 petang ini.

 Farid
Farid menunjukkan anak lelakinya. - Foto instagram Farid Kamil

Farid, Diana timang anak pertama


PASANGAN selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Farid Kamil memuat naik gambar bayi lelakinya itu di laman sosial, Instagram kira-kira jam 4 petang ini.

Pada gambar itu, Farid menulis, "welcome to the world my boy."

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 3 November lalu.



Sinar Harian