Pages

Showing posts with label Video Pelajar Dibelasah Guru. Show all posts
Showing posts with label Video Pelajar Dibelasah Guru. Show all posts

Monday, 10 June 2013

PENGETUA NAFI KEJADIAN BELASAH PELAJAR | PPD JAMIN AKAN SIASAT

Pengetua sebuah sekolah itu yang dihubungi menafikan rakaman itu dibuat di sekolah berkenaan malah langsung tidak mengetahui mengenai kejadian itu.

Pengetua nafi kejadian belasah pelajar
Keratan akhbar semalam.

Terdahulu di Jz Online News


Pengetua nafi kejadian belasah pelajar


BALING - Video seorang pelajar sekolah yang dibelasah didakwa berlaku di sekolah kebangsaan agama di sini dinafikan oleh sekolah agama terbabit.

Pengetua sebuah sekolah itu yang dihubungi menafikan rakaman itu dibuat di sekolah berkenaan malah langsung tidak mengetahui mengenai kejadian itu.

“Saya tak tau pun, tak pernah dengar pun ada kes pukul di sekolah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kebanyakan blog mendakwa kejadian itu berlaku di salah sebuah sekolah agama terbabit berdasarkan pakaian pelajar termasuk guru sekolah itu.

Bagaimanapun, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling memberikan jaminan akan menyiasat kejadian itu terlebih dahulu.

Orang ramai terutama di laman sosial kesal dengan kejadian itu dan mahu tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat.

Banyak kritikan yang diberikan di laman sosial antaranya mengenai sikap guru itu yang bertindak di luar batasan walaupun sekiranya ia bertujuaan sebagai pengajaran.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sejak awal tahun ini bagaimanapun ia mula tersebar sejak April lalu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.



Sinar Harian

Saturday, 8 June 2013

VIDEO GURU BELASAH PELAJAR? TERSEBAR

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.

Video terbabit dimuat turun dalam laman sosial sejak April lalu

Video pelajar dibelasah tersebar


BALING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.

Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.

Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.

Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.

Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan.


Sinar Harian