Pages

Showing posts with label Syiah di Kedah. Show all posts
Showing posts with label Syiah di Kedah. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

TAWARAN NIKAH GADIS & JANDA UNTUK AHLI

Menurut surat berkenaan, seramai 156 gadis dan 341 perempuan berstatus janda disediakan untuk dikahwinkan. Selain itu, dua orang saksi disediakan di samping akad nikah akan dilaksanakan oleh ayah perempuan terbabit.


Kecoh surat tawaran nikah gadis, janda di Facebook
Surat yang kononnya menawarkan gadis dan janda sebagai isteri untuk ahli Pertubuhan Syiah Taqiyah Malaysia yang disebarkan di Facebook.

Kecoh surat tawaran nikah gadis, janda di Facebook

ALOR SETAR - Sepucuk surat yang dikatakan dari Pertubuhan Syiah Taqiyah Malaysia berpusat di Pendang, dekat sini dikesan menawarkan gadis dan janda untuk menjadi isteri kepada ahlinya.

Surat bertarikh 5 Oktober lalu itu tersebar di laman Facebook  dan blog itu difahamkan memberi kemudahan beristeri kepada umat Islam yang mendaftar sebagai ahli Syiah.

Menurut surat berkenaan, seramai 156 gadis dan 341 perempuan berstatus janda disediakan untuk dikahwinkan. Selain itu, dua orang saksi disediakan di samping akad nikah akan dilaksanakan oleh ayah perempuan terbabit.

Maklumat surat yang meletakkan perkara pokok "tawaran dan kemudahan yang menjadi ahli pertubuhan" itu turut menyediakan tempat penginapan kepada pasangan yang berkahwin. Manakala surat pengesahan jabatan agama akan diuruskan.

Pemerhatian Sinar Harian mendapati pemilik akaun Facebook yang menyebarkan gambar surat berkenaan menerima cemuhan daripada pengguna laman sosial itu dengan pelbagai komentar.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna yang memberi respons untuk mengetahui lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan menafikan perkara itu malah tidak tahu mengenai kewujudan surat tersebut sebelum dimaklumkan Sinar Harian.

Menyifatkan perkara itu satu fitnah, beliau berkata, tindakan itu oleh pihak tertentu sengaja ingin memburukkan nama mereka.

"Perkara ini tidak berlaku dan saya tidak tahu mengenainya penyebaran surat yang dimaksudkan. Saya lihat ada pihak yang sengaja ingin memburukkan Syiah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Ditanya mengenai kahwin muta'ah yang menjadi amalan sesetengah penganut fahaman itu, Abdullah berkata, ia tidak pernah berlaku di kalangan ahlinya.

"Ini satu perkara untuk melaga-lagakan Syiah dan umat Islam di Malaysia. Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan surat tawaran berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Zakaria Mustafa berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Menurutnya, penguatkuasaan terhadap pengikut Syiah di negeri ini belum dapat dilakukan kerana Enakmen Anti-Syiah belum diwartakan.



Sinar Harian

Tuesday, 17 September 2013

KETUA SYIAH KEDAH & PENGIKUT BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MUFTI KEDAH

Menurutnya, pihaknya akan melantik peguam dalam masa terdekat kerana tiada saluran untuk membuat kenyataan, selain dibimbangi dikatakan cuba berdakwah secara terbuka.

Pengikut Syiah lapor polis terhadap Mufti Kedah
Abdullah (tiga, kanan) bersama pengikut Syiah membuat laporan polis di IPD Kota Setar, semalam.

Pengikut Syiah lapor polis terhadap Mufti Kedah

ALOR SETAR - Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah.

Menurutnya, pihaknya akan melantik peguam dalam masa terdekat kerana tiada saluran untuk membuat kenyataan, selain dibimbangi dikatakan cuba berdakwah secara terbuka.

“Kami kesal apabila Mufti Kedah membuat kenyataan pada 13 September lalu, yang disifatkan memfitnah, menghasut dan berunsur spekulasi terhadap pengikut Syiah,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, semalam.

Abdullah berkata, berdasarkan kenyataan Mufti Kedah itu, menunjukkan seolah-olah golongan minoriti Syiah berpotensi merosakkan keamanan di negeri ini, di mana pengikut dan penyebar fahaman itu akan dikenakan hukuman berat.

Katanya, pertambahan ahli di negeri ini atas kerelaan individu yang menawar diri untuk memahami fahaman itu, bukannya daripada penyebaran dakwah.

“Walaupun di Kedah sudah ada Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang akan digunakan untuk sekat penyebaran Syiah, kami tidak akan berhenti mengamalkan fahaman ini,” katanya.

Abdullah turut menafikan wujud pemberian dana kepada golongan itu seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya menegaskan kehidupan mereka secara keseluruhannya miskin dan tidak harap bantuan sesiapa.

“Begitu juga dakwaan tawaran wanita yang tidak benar sama sekali. Nikah mutaah bukan dibuat sewenang-wenangnya,” katanya.

Katanya, dianggarkan sekitar 3,000 pengikut Syiah aktif di Kedah, terutama di Pendang, Jitra, Sungai Petani, Tikam Batu, Sik dan Baling.


Sinar Harian