Pages

Showing posts with label Shaheizy Sam Terkini. Show all posts
Showing posts with label Shaheizy Sam Terkini. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

KISAH PALING GENGSTER KLON FILEM KL GANGSTER?

Bukan mahu mengangkat atau mengagungkan golongan itu, pengarah filem Kisah Paling Gengster, Brando Lee menegaskan penghasilan filem ini hanyalah bertujuan hiburan semata-mata.

Bukan klon KL Gangster
KISAH PALING GENGSTER KLON FILEM KL GANGSTER?

Kisah Paling Gengster bukan klon KL Gangster

SEMENJAK filem KL Gangster berjaya mendapat kutipan sehingga RM11 juta, ramai penerbit dan pengarah mula cenderung menghasilkan filem yang mengetengahkan kisah samseng di layar perak.

Bukan mahu mengangkat atau mengagungkan golongan itu, pengarah filem Kisah Paling Gengster, Brando Lee menegaskan penghasilan filem ini hanyalah bertujuan hiburan semata-mata.

Ujar Brando, filem yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan ini,  kerana ingin memberikan yang terbaik untuk penonton terutamanya peminat filem bergenre aksi dan gangster. Dia juga menafikan filem ini di buat untuk menonton filem KL Gangster.

Filem yang menampilkan Shaheizy Sam sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal, Zul Handyblack, Wan Hanafisu, dan Fyza Kadir, ini mengisahkan tentang Remy (Shaheizy Sam), seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.

Pada masa sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata, Remy seorang ‘loser’.

Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut.

Membariskan pelakon tersohor tanah air, kekuatan Kisah Paling Gengster, bukan sahaja terletak pada pelakonnya semata-mata, bahkan aksi yang dipaparkan wajar diberi pujian.

Bagi penulis setiap aksi yang dihidangkan dalam filem ini hampir setaraf filem Hong Kong.

Apatah lagi apabila melibatkan aksi bersenjata seperti pistol dan M16, yang mampu membuatkan penonton terpukau seketika. Babak-babak pertarungan dan pergaduhan juga tidak kurang hebatnya apabila ia turut mengheret sama penonton dalam situasi tersebut dan pastinya ada yang terasa ‘sesak dada’...
 
Plot kurang kemas

Biarpun skrip filem ini dirombak sebanyak lima kali oleh Brando bersama penulis skrip, Alfie Palermo, namun pada pendapat penulis plot filem ini tetap digarap kurang kemas.

Ada ketikanya Kisah Paling Gengster amat menarik untuk ditonton dan ada ketikanya ia membosankan.

Hanya melewati babak-babak terakhir barulah filem ini menarik untuk diikuti apatah lagi Brando sebenarnya menyelitkan beberapa ‘twist’ yang tidak terjangka namun memberi segala jawapan kepada persoalan yang timbul pada permulaan jalan cerita.

Penuh karakter

Lakonan Sam tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebagai pelakon kelas A yang beberapa kali memenangi anugerah di negara ini, Sam tahu bagaimana cara untuk mempelbagaikan karakternya biarpun watak Remy ini tidak banyak bezanya dengan beberapa watak yang pernah di bawa sebelum ini.

Selain Sam, lakonan Mikail Andre, Wawa Zainal, Zul Handyblack, Wan Hanafisu, juga tidak kurang hebatnya dan masing-masing mampu membawa karakter tersendiri.

Namun perkara paling utama dalam filem Kisah Paling Gengster ini adalah pengajaran-pengajaran yang turut diselitkan dalam beberapa babak, terutamanya pada babak-babak terakhir.

Ada di antara pengajaran tersebut boleh ditafsirkan dengan mudah dan ada di antaranya yang memerlukan kita berfikir sejenak.



Sinar Harian

Tuesday, 21 May 2013

AKTRES YANG DIKAITKAN DENGAN SHAHEIZY SAM | AKUI ANAK EMAK


Mengakui anak emak, ibunya, Khaty Fauziah mendedahkan Sam masih makan bersuap sehingga kini.

Sam, si anak emak
SHAHEIZY SAM AKUI ANAK EMAK

Sam, si anak emak

Trivia

- Sam mula berkecimpung dalam bidang seni pada 1994.

- Tiga lagi adik-beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu abangnya, Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres Zizie Ezette pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan.

- Sam akhirnya menurut jejak langkah apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tapi Tak Serupa ketika beliau berusia 12 tahun. Ketika itu Sam bergandingan bersama pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi serta kakaknya sendiri.

- Pada 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa’e arahan Shaharuddin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Saian Salimon.

- Selepas diperkenalkan menerusi telemovie Pa'e, nama Sam terus sepi dalam dunia lakonan.

- Jodoh Sam bersama studio perfileman gergasi, Metrowealth Movies Production terjadi apabila pelakon Pierre Andre menarik diri daripada membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak.

- Sejak itu, nama Sam terus meniti di bibir peminat sehingga melayakkannya menerima trofi Bintang Paling Popular pada 2010.

- Sam pernah dikaitkan dengan beberapa aktres seperti Sara Ali, Nora Danish, Yana Samsudin dan Syatilla Melvin. Namun menegaskan hanya berkawan baik.

- Mengakui anak emak, ibunya, Khaty Fauziah mendedahkan Sam masih makan bersuap sehingga kini.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad

TARIKH LAHIR: 4 September 1982

ASAL: Kuala Lumpur

UMUR: 31 tahun

BINTANG: Virgo

KERJAYA: Pelakon

ANTARA TELEFILEM/ DRAMA BERSIRI DISERTAI: Pa’e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, dan Legasi 43 Karat.

FILEM: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Kongsi, 8 Jam, Kongsi, Sekali Lagi, Aku Bukan Tomboy, Songlap, Aku Ada Kamu Ada, Adnan Sempit 2, Dua Kalimah, Mamak Cupcake dan banyak lagi.

ANTARA PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke-22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia, Pelakon Lelaki Paling Popular 2010, Bintang Paling Popular 2010 & 2012.


Sinar Harian