Pages

Showing posts with label Sekitar Hari Mengundi PRU13. Show all posts
Showing posts with label Sekitar Hari Mengundi PRU13. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

GAGAL MENGUNDI | SURI RUMAH DAKWA KAD PENGENALAN SUDAH DIGUNAKAN


Nyon berkata, selepas menyerah kad pengenalannya serta jarinya dicalit dakwat kekal tetapi selepas itu pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan nama dan kad pengenalannya sudah digunakan orang lain. 

PRU13


PRU13: Suri rumah dakwa gagal mengundi, kad pengenalan sudah digunakan


ALOR GAJAH: Seorang suri rumah dari Machap Baru, Nyon Fui Yin, 36, gagal membuang undi di SRJK (C) Machap Baru selepas ada individu menggunakan nombor kad pengenalannya. 

Nyon berkata, selepas menyerah kad pengenalannya serta jarinya dicalit dakwat kekal tetapi selepas itu pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan nama dan kad pengenalannya sudah digunakan orang lain. 

"Pegawai SPR tu tak benarkan saya mengundi. selepas itu pegawai berkenaan memberi sehelai kertas yang ditulis tangan yang dijadikan bukti saya tidak boleh mengundi," 

Berita Harian

PEMUDA LEMBAM CEDERA DIPUKUL | DISANGKA WARGA BANGLADESH


Saya begitu kecewa kerana golongan ini menganggap adik saya sebagai warga Bangladesh dan tindakan mereka merampas kad pengenalan adik saya amat melampau.

PRU13

PRU13: Pemuda lembam diserang, disangka warga Bangladesh


Kuala Selangor: Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang ingin mengundi. 

Kamal Krishnan @ Mohd Nizam, 33 yang menetap di Taman Kuala Selangor Jaya yang tiba untuk membuat pengesahan mengundi di Sekolah Rendah Agama Kuala Selangor, didatangi sekumpulan pemuda yang menuduhnya sebagai 'pengundi hantu'. 

Abang mangsa, Zulkifi Mohd Nizam, 36, mendakwa adiknya yang mengalami kecacatan mental itu, tidak mampu berbuat apa-apa ketika diserbu dan kad pengenalannya dirampas. 

"Saya begitu kecewa kerana golongan ini menganggap adik saya sebagai warga Bangladesh dan tindakan mereka merampas kad pengenalan adik saya amat melampau. 

"Saya sekeluarga terkejut kerana ada yang memaklumkan gambar adik saya dipaparkan di laman sosial 'facebook' dengan niat menghina kerajaan Malaysia dan SPR kerana warga Bangladesh mampu memiliki kad pengenalan," katanya. 

Beliau sekeluarga kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang semalam. 

"Saya terpaksa membuat laporan polis dan menyediakan dokumen kelahiran bagi membolehkan adik saya mengundi kerana kad pengenalannya dirampas pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan yang dibuat dan akan melakukan siasatan mengenainya. 

Berita Harian