Pages

Showing posts with label Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad Terbunuh. Show all posts
Showing posts with label Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad Terbunuh. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

KES TEMBAK MATI PENGASAS AMBANK | POLIS BERJAYA KESAN SUSPEK

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil penelitian rakaman CCTV di kawasan tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang itu, polis berjaya merakam sepenuhnya pembunuhan itu dan wajah penjenayah tersebut.

Polis berjaya kesan suspek tembak pengasas Ambank
Isteri pengasas AmBank Group, Cheong Mei Kuen, 49, yang mengalami kecederaan selepas ditembak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Polis berjaya kesan suspek tembak pengasas Ambank


KUALA LUMPUR - Polis berjaya mengesan penjenayah yang menembak mati pengasas Arab Malaysian Bank, Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, 75, di sini, kelmarin, dari rakaman litar tertutup (CCTV) kelmarin dan percaya dia ialah pembunuh upahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil penelitian rakaman CCTV di kawasan tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang itu, polis berjaya merakam sepenuhnya pembunuhan itu dan wajah penjenayah tersebut.

“Siasatan ini menunjukkan perkembangan positif kerana (kita berjaya) merakam secara keseluruhan lokasi kejadian.

“Kita sedang merakam percakapan saksi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, polis percaya pembunuhan itu dirancang dan motifnya ada kaitan dengan urusan jual beli hartanah.

“Ia dilakukan pembunuh upahan, tetapi siapa dalang di sebalik pembunuhan ini masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan teksi yang dinaiki tiga suspek pada masa kejadian itu.

Polis, katanya, sudah mengambil keterangan tujuh orang saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan mengambil keterangan daripada individu yang dijumpai mangsa sebelum beliau ditembak kira-kira jam 2 petang.

“Kita masih belum mengambil keterangan daripada isteri dan rakan niaga mangsa, dan (perkara ini) akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuen, 49, terkena tembakan di tangan dan paha. Beliau kini di rawat di Pusat Perubatan Prince Court. Keadaan beliau stabil.

Sementara itu, jenazah Hussain dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak semalam.

Wakil keluarga mangsa, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital
Kuala Lumpur, jenazah itu disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.

Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.

Tinjauan mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.

Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16.

Muhammad Shafee berkata, beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.

“Dia merupakan orang pertama yang derma AS$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lalu ketika berbuka puasa bersama,” katanya.

Menurutnya, Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah.



Sinar Harian

Tuesday, 30 July 2013

HUSSAIN AHMAD NAJADI, PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK MATI DITEMBAK

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak
Mangsa meninggal di tempat kejadian.

Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak

SHAH ALAM - Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam.

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Mereka sedang duduk di situ apabila seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan beberapa das tembakan. Penembak itu melarikan diri dengan teksi bersama dua lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya terkena satu das di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

“Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan urusan perniagaan,” katanya. 

Katanya, mayat Hussain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.



Sinar Harian