Pages

Showing posts with label Mohd Damanhuri enggan kebumi anak. Show all posts
Showing posts with label Mohd Damanhuri enggan kebumi anak. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

BAPA TETAP TEGAS TIDAK MAHU KEBUMI JENAZAH ANAK

Mohd Damanhuri Mohd Fuad, 50, yang ternyata kecewa dengan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, itu sebaliknya meneruskan pendirian untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini. 

Masih enggan kebumi anak
BAPA TEGAS TETAP TIDAK MAHU KEBUMI JENAZAH ANAK
- Gambar Carian Google


Terdahulu di Jz Online News :


Bapa tegas tak mahu kebumi jenazah anak


Ipoh: Bapa remaja yang mati tersepit di tingkap rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, pada 20 Julai tetap bertegas untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam menolak permohonan untuk bedah siasat kedua ke atas mayat remaja itu. 

Mohd Damanhuri Mohd Fuad, 50, yang ternyata kecewa dengan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, itu sebaliknya meneruskan pendirian untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini. 

“Saya kecewa dengan keputusan itu dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan kes itu ke Mahkamah Rayuan,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah, semalam. 

Terdahulu, dalam penghakimannya Zainal Adzam berkata, mahkamah menolak permohonan berkenaan tidak mempunyai asas kukuh untuk dipertimbangkan dan akan menjadi satu urusan yang sia-sia jika bedah siasat kali kedua dibenarkan. 

Beliau berkata, afidavit pemohon hanya mempertikaikan satu saja punca kematian iaitu kesan lebam pada badan mangsa, sedangkan laporan bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menyatakan dua sebab kematian iaitu akibat sesak nafas serta terdapat tiga jenis dadah dalam tubuh mangsa. 


Langkah terbaik 

Pada masa sama, Zainal Adzam turut meminta peguam pemohon membuat permohonan lebih jelas, tidak mengikut emosi, selain perlu menasihatkan anak guamnya mengenai langkah terbaik yang perlu diambil bagi kes itu. 

“Sebagai peguam sepatutnya menasihatkan yang betul kepada anak guam, jangan cepat melatah dan membuat permohonan sesuka hati,” katanya. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, Aizam Shaerol, 27, dipercayai sesak nafas selepas gagal meloloskan diri menerusi tingkap berpalang besi di rumah jirannya itu sekitar jam 11 malam, dengan hanya berseluar pendek. 

Sehingga kini, jenazah Aizam Shaerol masih ditempatkan di Unit Forensik HRPB, di sini, dan bapanya dikatakan hanya akan menjalankan upacara pengebumian selepas kes itu selesai.


Bharian

Wednesday, 4 September 2013

SUDAH 46 HARI MENINGGAL, MASIH ENGGAN KEBUMI ANAK

Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, tindakan itu disifatkannya satu tanggungjawabnya sebagai bapa yang mahukan kebenaran terhadap kematian anaknya.

Masih enggan kebumi anak
Mohd Damanhuri (kiri) serius menyatakan sesuatu kepada peguamnya, Mohd Fitri di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.

Masih enggan kebumi anak

IPOH – Bapa Sherul Aizam, 27, yang mati tersepit di tingkap di Taman Saz, Silibin, di sini pada 20 Julai lalu masih enggan mengebumikan jenazah pemuda itu dan mahu menunggu proses menuntut keadilan bagi kematian anaknya itu selesai.

Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, tindakan itu disifatkannya satu tanggungjawabnya sebagai bapa yang mahukan kebenaran terhadap kematian anaknya.

“Walaupun orang luar mencemuh tindakan tidak menyegerakan urusan pengebumian jenazah tetapi sebagai bapa, saya rasa bertanggungjawab terhadap kematiannya yang dipercayai ada unsur jenayah dengan kesan lebam di seluruh badan yang bagai dihempap bangunan,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Damanhuri berkata, dia sekeluarga menerima nasihat dari Imam Besar Masjid Negeri berhubung jenazah anaknya yang disimpan lama di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kami menerima kehadiran Imam Besar Masjid Negeri bersama tiga lelaki lain Ahad lalu. Saya telah menyerahkan gambar kecederaan anak saya dan nilaikan sendiri (kecederaan dan laporan bedan siasat sebelum ini).

“Itu sebab saya bertindak sebegini dan bukan sengaja melambat-lambatkan pengebumian. Saya berhak menuntut kebenaran dan keadilan dan apa yang saya buat adalah betul,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani menetapkan 11 September ini bagi mendengar jawapan afidavit balasan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amri Johari yang difailkan Mohd Damanhuri.

Proses berkenaan adalah untuk mendapatkan perintah bedah siasat kedua terhadap jenazah Sherul Aizam Mohd Damanhuri diwakili peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

Zainal Adzam turut menegur Mohd Damanhuri untuk hadir ke mahkamah tepat pada masa ditetapkan.
Laporan sebelum ini menyiarkan bahawa Sherul Aizam ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur ketika didakwa cuba menceroboh rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Mangsa dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur kediaman teres setingkat itu.

Bedah siasat HRPB sebelum ini memutuskan anaknya meninggal dunia disebabkan postural asphyxia iaitu sesak nafas kerana tersepit.

Sehingga hari ini, sudah 46 hari jenazah Sherul Aizam tersimpan di bilik mayat hospital terbabit.



Sinar Harian