Pages

Showing posts with label Model kereta varian Proton harga rendah. Show all posts
Showing posts with label Model kereta varian Proton harga rendah. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

PROTON MAMPU MILIK | PROTON SAGA SV HANYA RM250 SEBULAN

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

proton-saga-sv-from-rm33888-2
PROTON MAMPU MILIK | PROTON SAGA SV HANYA RM250 SEBULAN
- Gambar Carian Google


Proton Saga SV lebih nilai berbanding harga


PETALING JAYA 15 Jun - Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

"Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

"Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

"Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

"Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya. 


- UTUSAN ONLINE

Thursday, 13 June 2013

PROTON TAWAR HARGA KERETA MAMPU MILIK SABTU INI

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Proton
Proton

Proton tawar harga mampu milik Sabtu ini


JAKARTA - Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru.   

Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.

"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.

Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.

Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.

Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).

Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya. - Bernama



Sinar Harian