Pages

Showing posts with label Miss Malaysia World 2013. Show all posts
Showing posts with label Miss Malaysia World 2013. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

ERRA FAZIRA GESA 4 PESERTA RATU CANTIK SUPAYA AKUR LARANGAN

Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

Erra Fazira
Erra Fazira

Erra gesa peserta ratu cantik akur larangan


PENYANYI Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.


Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri," katanya dipetik Mstar Online.

Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.

"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.



Sinar Harian

Saturday, 27 July 2013

4 FINALIS BERAGAMA ISLAM MISS MALAYSIA WORLD MUNGKIN DIBENARKAN BERTANDING

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Empat finalis beragama Islam Miss Malaysia World 2013.

Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding

PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.
"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.
Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.
"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.
Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.
Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.
Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.

mStar Online