Pages

Showing posts with label Maimon Mutalib Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Maimon Mutalib Meninggal Dunia. Show all posts

Sunday, 8 September 2013

JENAZAH PELAKON MAIMON MUTALIB SELAMAT DIKEBUMIKAN

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Sialang, Tangkak sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan.

Maimon Mutalib
JENAZAH PELAKON MAIMON MUTALIB SELAMAT DIKEBUMIKAN

Jenazah Maimon selamat dikebumikan

LEDANG - Jenazah pelakon Maimon Mutalib, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung  Sialang, Tangkak, di sini, jam 10.20 malam semalam.

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Sialang, Tangkak sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan.

Allahyarham  meninggalkan  lima cahayamata, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji  Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu  pernah membintangi beberapa filem seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cuci, Chermin, Otai, Semerah Cibta Stilleto dan Budak Pailang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang semalam di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, selepas dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Kesihatan allahyarham dilaporkan merosot selepas disahkan menghidap penyakit kanser payu dara tahap empat, tahun lalu.

Rakan artis yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk, Azizah Mahzan dan Mak Jah.

Azizah berkata, dia merasakan kehilangan dengan pemergian pelakon vateran itu yang dikenalinya sejak 25 tahun lalu.

“Arwah seperti kakak kandung saya, sifat penyayang yang penuh keibuan itu membuatkan hubungan kami  akrab.

“Saya rasa sangat kehilangan kerana arwah gemar bercerita tentang kisah sejarah nabi-nabi, mengenai kehidupan dan pengalamannya ke Mekah setiap kali kami berjumpa.

"Selepas ini tiada siapa yang akan bercerita kisah tersebut kepada saya,”katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumian pelakon itu.

Katanya, tiga hari sebelum pemergiannya, allahyarham yang lebih mesra dipanggil Kak Mun telah datang ke rumahnya semata-mata ingin berjumpa dengannya. 

Kebetulan ketika itu, di rumahnya turut ada pelakon Mak Jah dan Ruminah Sidek.

“Saya sedih apabila mengenangkan arwah Kak Mun dengan kesihatan yang tidak sihat namun sanggup datang ke rumah. 

“Meskipun arwah sempat bergurau minta Mak Jah suapkan dia makan dan esok (pada hari kematian) agar mandikannya, saya dapat merasakan ia  (permintaan)  bukan satu gurauan.  Arwah seolah-olah sudah tahu dia akan meninggal dunia,”katanya sambil menahan sebak.

Sementara itu, anak saudara allahyarham, Mohd Almizat Abu Halip, 43, berkata, ibu saudaranya merupakan seorang yang tabah hingga sanggup menanggung penderitaan sendirian dengan  merahsiakan penyakit dihidapinya daripada pengetahuan keluarga selama hampir dua tahun.

“Raya Aidilfitri tahun lalu ketika berkunjung ke rumah saya di Kuantan, Pahang,  barulah arwah berterus terang tentang penyakit dihidapinya.

“Anak-anaknya minta saya pujuk arwah untuk jalani  pemeriksaan susulan dan rawatan lanjut.   Alhamdulillah dia bersetuju, namun umurnya tidak panjang,”katanya.

Katanya, dia juga kagum dengan semangat ibu saudaranya  yang selama 17 tahun bekerja keras tahun berlakon untuk membesar lima anak-anaknya sehingga berjaya ke menara gading selepas kematian arwah suaminya.

“Arwah adalah serikandi, sikap ceria dan ramahnya menjadikannya sebagai  penyeri keluarga setiap kali pulang ke kampung halaman, di Tangkak,”katanya.



Sinar Harian

Saturday, 7 September 2013

PELAKON MAIMON MUTALIB MENINGGAL DUNIA

"Innalillah.. Pelakon berbakat besar, Maimon Mutalib dah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah," kata petikan itu.


Maimon Mutalib
PELAKON MAIMON MUTALIB MENINGGAL DUNIA

Maimon Mutalib meninggal dunia

SHAH ALAM - Pelakon wanita yang sering membawa watak ibu, Maimon Mutalib, 54, meninggal dunia, hari ini.

Pengumuman itu dilaporkan dari Facebook (FB) MIG Online, sebentar tadi.

"Innalillah.. Pelakon berbakat besar, Maimon Mutalib dah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah," kata petikan itu.



Sinar Harian


Maimon Mutalib

Maimon Mutalib Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Dramatis Maimon Mutalib, 54, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) telah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang Sabtu di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Berita itu telah disahkan oleh anak kedua pelakon tersebut iaitu Surayatul Nadia Keristifa, 32.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ketika beliau tiba di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini sekitar pukul 12 tengah hari Sabtu.
"Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat).
"Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang," kata Nadia yang dihubungi mStar Online di sini pada Sabtu.
Tambah Nadia, dia turut memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan pemergian ibunya itu kerana sibuk menguruskan jenazah.
Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.
Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.
Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen.

mStar Online