Pages

Showing posts with label Kes Liwat. Show all posts
Showing posts with label Kes Liwat. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

SAIFUL BUKHARI SUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH DEMI BUKTI KEBENARAN

Beliau berkata tindakannya membuat sumpah laknat pada 2008 itu atas saranan dua tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mursyidul  Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saiful Bukhari

Saiful Bukhari bersumpah laknat depan Kaabah bukti kebenaran


KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah.

Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, bekas pembantu peribadi Anwar itu menayangkan video mengenai sumpah laknatnya di depan Baitullah (rumah Allah) yang  dibuatnya pada April tahun lepas ketika menunaikan umrah.

"Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah  diliwat.

"Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.

Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh  Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.

Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh  mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.

Beliau berkata tindakannya membuat sumpah laknat pada 2008 itu atas saranan dua tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mursyidul  Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah beliau juga pernah bertanya beberapa tokoh agama mengenai tindakan bersumpah laknatnya di hadapan Kaabah, dan dimaklumkan beliau akan menimpa musibah  yang besar jika berdusta.

Pada 9 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 kerana tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mohd Saiful Bukhari turut melahirkan rasa kesalnya terhadap Anwar yang sehingga kini enggan membuat sumpah laknat untuk membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak pernah melakukan perbuatan jijik tersebut.

"Sehinggakan prosiding membela diri di mahkamah juga beliau enggan memberikan keterangan secara bersumpah," katanya.

Mengenai tindakan bapanya Azlan Mohd Lazim semalam yang menarik balik kenyataannya awal Mac lepas yang mendakwa anaknya diperguna pihak tertentu untuk mendakwa Anwar, Mohd Saiful Bukhari mengakui bapanya pernah dipengaruhi oleh pemimpin PKR untuk membuat pengakuan bertentangan dengan sumpahnya pada Mac lepas.- Bernama



Sinar Harian

Wednesday, 1 May 2013

KES LIWAT: BAPA SAIFUL BUKHARI TARIK BALIK KENYATAAN | MINTA MAAF KEPADA SAIFUL

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu

Kes liwat: Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful


KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.



Sinar Harian