Pages

Showing posts with label Karpal Singh Terkini. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh Terkini. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

KARPAL SINGH TETAP MAHU DEWAN NEGARA DIMANSUHKAN

Sebelum ini pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kurang senang dengan cadangan yang dikemukakan Karpal agar Perlembagaan Persekutan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara yang dikatakan membazir wang rakyat.

Karpal Singh
KARPAL SINGH TETAP MAHU DEWAN NEGARA DIMANSUHKAN

Karpal tetap mahu Dewan Negara dimansuhkan


GEORGETOWN - Walaupun cadangannya mahu memansuhkan Dewan Negara mendapat kritikan hebat pelbagai pihak namun Pengerusi DAP, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya itu dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang membidas kenyataannya.

Karpal berkata, cadangan itu adalah untuk mengelakan pembaziran wang rakyat dan tidak sama sekali niatnya mahu membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

"Selama ini Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan sudah banyak kali meminda Perlembagaan Persekutuan, dan tidak menjadi apa masalahnya dengan cadangan saya agar ia dipinda kembali untuk kesesuaian rakyat.

"Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak mempunyai hak untuk mengajar saya kerana beliau dilantik oleh kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat. Maka jangan ajar saya tentang undang-undang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kurang senang dengan cadangan yang dikemukakan Karpal agar Perlembagaan Persekutan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara yang dikatakan membazir wang rakyat.
 
Bagaimanapun, Abu Zahar yang dilantik semula memegang jawatan berkenaan bagi penggal kedua berkuatkuasa 26 April lalu selepas tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu, meminta Karpal menghormati Perlembagaan Persekutuan dan menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Karpal turut mempersoalkan tindakan BN melantik ramai calon yang tidak mewakili rakyat sebagai senator bagi membarisi kepimpinan kabinet yang baru.

Beliau berkata, tidak adil pelantikan senator dibuat tanpa dipilih oleh rakyat.

"Saya dapati ada calon yang dilantik menjadi senator ditolak rakyat atau di bawah piawaian. Sepatutnya mereka yang membarisi kabinet mestilah dilantik daripada wakil rakyat yang dipilih rakyat

Menurutnya, beliau akan meminta Parlimen supaya menggubal undang-undang bagi membolehkan pemilihan senator di semua negeri.

"Perkara 45 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan membenarkan setiap negeri mengadakan pemilihan awam bagi melantik senator.

"Saya akan mencadangkan penggubalan undang-undang tersebut di parlimen menerusi Rang Undang-Undang Ahli Persendirian," katanya.



Sinar Harian

Thursday, 25 April 2013

KARPAL SINGH JATUH TERSUNGKUR ATAS PENTAS

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu terjadi ketika beliau diangkat oleh beberapa pembantunya ke atas pentas sebelum terjatuh ke lantai pentas.

Karpal Singh
Karpal Singh

Karpal tersembam atas pentas


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur dari kerusi rodanya ketika ingin menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya di Taman Jajar, Jalan York di sini malam tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu terjadi ketika beliau diangkat oleh beberapa pembantunya ke atas pentas sebelum terjatuh ke lantai pentas.

Bagaimanapun, salah seorang pembantunya segera mengangkatnya semula dan Karpal meneruskan ceramahnya di hadapan kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Anaknya, Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada ceramah berkenaan berkata, Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan dan boleh meneruskan ceramahnya dengan baik.

“Tidak ada sebarang kecederaan dan bapa saya boleh duduk semula di kerusi rodanya dan terus berceramah kira-kira sejam.

“Tidak ada isu dalam kejadian yang berlaku dan kini beliau berada dalam keadaan stabil tanpa perlu ke klinik mahupun hospital,” katanya.

Karpal yang ditemui pada sidang medianya di sini hari ini menganggap kejadian itu perkara kecil.

“Saya OK sahaja, cuma ada benjol sedikit di dahi akibat kejadian itu.

“Itu hanya jatuh (kejadian) kecil sahaja tetapi yang akan jatuh besar adalah Barisan Nasional pada 5 Mei nanti,” katanya.




Sinar Harian