Pages

Showing posts with label Indonesia hantar helikopter cipta hujan tiruan. Show all posts
Showing posts with label Indonesia hantar helikopter cipta hujan tiruan. Show all posts

Friday, 21 June 2013

JEREBU TERUK DI SINGAPURA | INDONESIA HANTAR HELIKOPTER CIPTA HUJAN TIRUAN

Pada satu mesyuarat yang diadakan tengah malam tadi, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan para petugas segera memadamkan kebakaran di pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu teruk sehingga menjejaskan negara jiran.

susilo
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono

Indonesia hantar helikopter cipta hujan tiruan


JAKARTA - Indonesia hari ini menghantar helikopternya bagi tujuan mencipta hujan tiruan dalam usaha mengatasi masalah jerebu teruk di Singapura.

Pada satu mesyuarat yang diadakan tengah malam tadi, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan para petugas segera memadamkan kebakaran di pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu teruk sehingga menjejaskan negara jiran.

Agensi bencana negara berkata, dua buah helikopter dengan peralatan pembenihan awan dihantar awal pagi tadi dari Jakarta dan Pulau Borneo bagi mengekang masalah jerebu.

“Mudah-mudahan, kita mendapat hujan tiruan  hari ini,” kata jurucakap agensi, Sutopo Murwo Nughoro lapor AFP.

Sehingga jam 11 pagi tadi, indeks udara di Singapura berada di tahap paling bahaya apabila mencecah 400 sehingga boleh mengancam nyawa kepada pesakit dan warga tua.



Sinar Harian