Pages

Showing posts with label Fizz Fairuz Bertunang. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuz Bertunang. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

SUAMI DAKWA ISTERI HILANG INGATAN / BUKAN SALAH FIZZ FAIRUZ


“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.
Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.

SUAMI DAKWA AZLYN MASSIELA HILANG INGATAN, TIDAK SALAHKAN FIZZ FAIRUZ 


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.


Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.



“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.


“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.


Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.


“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.


Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.


Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.



Harian Metro

FIZZ FAIRUZ BOHONG! SAYA TIDAK PERNAH KAHWIN - AZLYN MASSIELA


“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.
Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.

AZLYN MASSIELA : FIZZ FAIRUZ BERBOHONG, SAYA TIDAK PERNAH KAHWIN

Semalam Fizz Fairuz tampil menjelaskan kepada para peminat dan juga media yang beliau sudah pun sudah putus tunang dengan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang baru baru ini.
Alasan’nya adalah kerana wanita itu, Azlyn Massiela memegang status isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an & Fizz Fairuz memutuskan pertunangan tanpa banyak persoalan.
Hari ini menerusi Berita Harian, Azlyn Massiela secara eksklusif tampil memberikan kenyataan menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam & menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiela hari ini.

Wednesday, 20 February 2013

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG : BERTUNANG ISTERI ORANG


“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,”


Rahsia Terbongkar, Tunang Fizz Fairuz Isteri Orang
Gambar majlis pertunangan Fizz Fairuz. Gambar dari Mstar Online


Punca Fizz Fairuz Putus Tunang? | Tunang Masih Isteri Orang


Sewaktu awal tersebar berita tentang majlis pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahan, banyak pihak yang terkejut termasuklah pelakon Almy Nadia yang diketahui mempunyai hubungan istimewa dengan Fizz Fairuz.
Hari ini di dada-dada akhbar dan laman sosial, meletup lagi kisah Fizz Fairuz apabila pelakon itu telah memutuskan pertunangan dengan gadis tersebut setelah mengetahui tunangannya itu masih lagi isteri orang.
Memetik kembali seperti apa yang ditulis dalam laman Mstar Online, rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.
“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,”
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,”
Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi.