Pages

Showing posts with label Facebook Alvin and Vivian - Alvivi. Show all posts
Showing posts with label Facebook Alvin and Vivian - Alvivi. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

ALVIN TAN & VIVIAN LEE CETUS KONTROVERSI LAGI | HINA UMAT ISLAM

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasangan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.  

Siasat pasangan blogger melampau
Foto di Facebook pasangan ini yang mencetuskan kontoversi.

Siasat pasangan blogger melampau


SEREMBAN - MCA negeri membuat laporan polis, semalam berikutan tindakan pasangan blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasangan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.  


Siasat pasangan blogger melampau
Chai Thiam (tiga, kanan) dan pemimpin MCA negeri menunjukkan laporan polis dibuat terhadap pasangan terbabit.



“Bagi kita, ini bukanlah satu perkara lucu yang boleh dibuat main-main. Mereka tidak sepatutnya menghina umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa.

“Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, termasuk di kalangan kaum Cina sendiri. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir akan menjejaskan perpaduan antara kaum dan menimbulkan masalah lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam.

Kata Chai Thiam, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan terbabit supaya menjadi contoh, sekaligus amaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Terdahulu, pasangan blogger berkenaan yang turut mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaparkan aksi seks mereka dalam laman blog, telah mengepos satu foto memaparkan mereka sedang menikmati juadah tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam.  

Turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan.



Sinar Harian

Thursday, 4 April 2013

PRU13 : WANITA LINDUNGI TUBUH BOGEL DENGAN BENDERA BARISAN NASIONAL


Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.
GAMBAR seorang wanita dipercayai dalam keadaan bogel dan melindungi tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional yang dimuatkan di laman sosial akaun "Alvin and Vivian - Alvivi" sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong parti itu

PRU-13: "Berbogel" bersama bendera BN, Khairy lapor polis esok


KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012. 



UTUSAN ONLINE