Pages

Showing posts with label Bintang Bollywood. Show all posts
Showing posts with label Bintang Bollywood. Show all posts

Friday, 12 July 2013

BINTANG BOLLYWOOD HRITHIK ROSHAN ALAMI KECEDERAAN KRONIK DI KEPALA

Aktor Kaho Naa Pyaar Hai itu, disahkan mengalami kecederaan kronik di kepala ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang di Phuket.

Hrithik semakin pulih
HRITHIK ROSHAN ALAMI KECEDERAAN KRONIK DI KEPALA

Hrithik semakin pulih


BINTANG Bollywood, Hrithik Roshan, kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

Aktor Kaho Naa Pyaar Hai itu, disahkan mengalami kecederaan kronik di kepala ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang di Phuket.

Menerusi laman sosialnya, Hrithik bersyukur dengan pembedahan dijalankan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan saya.

"saya berharap dapat segera kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa," kata Hriktik.

Sementara itu, menurut sumber pihak hospital menasihatkan supaya Hrithik banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat.



Sinar Harian

Wednesday, 5 June 2013

BINTANG BOLLYWOOD, NAFISA KHAN @ JIA KHAN DITEMUI MATI TERGANTUNG

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Chhering Dorje berkata, Nafisa Khan atau Jia Khan, 25, disahkan membunuh diri.

BINTANG BOLLYWOOD, NAFISA KHAN @ JIA KHAN DITEMUI MATI TERGANTUNG

Bintang Bollywood mati tergantung


MUMBAI - Seorang bintang baru Bollywood, ditemui mati tergantung di kediamannya di sini, kelmarin.


Timbalan Pesuruhjaya Polis, Chhering Dorje berkata, Nafisa Khan atau Jia Khan, 25, disahkan membunuh diri.

Anak kelahiran Britain itu menempa nama dalam industri Bollywood pada 2007 bersama pelakon terkenal Amitabh Bachchan menerusi filem Nishahb.

Dia juga pernah digandingkan bersama Aamir Khan dalam filem Ghajini  sebelum beraksi dalam Housefull pada 2010.  - Al-Jazeera



Sinar Harian

Thursday, 4 April 2013

BINTANG BOLLYWOOD SHAH RUKH KHAN DISAMAN BERJUTA DOLLAR

Kumar menuntut satu bilion rupee (AS$18.5 juta) sebagai ganti rugi daripada Shah Rukh Khan dan Eros International, pengeluar filem "Om Shanti Om." Saman itu difailkan Selasa lalu di mahkamah di pinggir bandar Mumbai, menurut media India.

 

Gambar Carian Google - Shah Rukh Khan dalam Filem 'Om Shanti Om'

 

Shah Rukh Khan disaman berjuta dollar

 

NEW DELHI: Pelakon dan pengarah terkenal India, Manoj Kumar memfailkan saman bernilai berjuta dollar terhadap bintang Bollywood, Shah Rukh Khan kerana menayangkan filem popular 2007 di Jepun tanpa memotong adegan yang menjadikannya bahan jenaka.

Kumar menuntut satu bilion rupee (AS$18.5 juta) sebagai ganti rugi daripada Shah Rukh Khan dan Eros International, pengeluar filem "Om Shanti Om." Saman itu difailkan Selasa lalu di mahkamah di pinggir bandar Mumbai, menurut media India.


Kumar mengambil tindakan mahkamah apabila filem berkenaan ditayangkan pada 2007, kerana membantah adegan membabitkan beliau itu.
Pada 2008, Mahkamah Mumbai mengarahkan adegan berkenaan dibuang dalam mana-mana tayangan selepas itu dan menuntut Shah Rukh Khan memohon maaf kepada beliau.

Kumar berkata, filem itu ditayangkan di Jepun baru-baru ini tanpa memotong adegan yang sama.  

"Saya sudah memaafkan mereka sebelum ini, tetapi tidak kali ini. Mereka tidak menghormati saya,” kata Kumar. - AP 



Berita Harian