Pages

Showing posts with label Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

KEDUA-DUA BELAH KAKI DATUK SERI AZIZAN DIPOTONG | BELUM SEDARKAN DIRI

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Azizan Abdul Razak
KEDUA-DUA BELAH KAKI DATUK SERI AZIZAN DIPOTONG | BELUM SEDARKAN DIRI

Azizan masih belum sedarkan diri sejak selesai jalani pembedahan


GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi.

"Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah," katanya di sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasioanal Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.   

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri Kedah akan membantu Azizan membiayai kos perubatannya sepanjang tempoh rawatan beliau.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada seorang wakil rakyat dan saya meminta semua surau dan masjid di Kedah mengadakan majlis bacaan doa selamat agar beliau cepat sembuh," katanya. - Bernama



Sinar Harian

Wednesday, 8 May 2013

DATUK SERI AZIZAN | BEKAS MENTERI BESAR KEDAH KOMA, KRITIKAL


Azizan dilaporkan berada dalam keadaan koma, namun masih menunjukkan tanda-tanda positif ketika dirawat. 
Bekas MB Kedah kritikal di HPP
AHLI keluarga dan rakan-rakan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memenuhi pintu masuk Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP). - Foto/Danial Saad

Bekas MB Kedah kritikal di HPP


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan komplikasi diabetes. 

Azizan dilaporkan berada dalam keadaan koma, namun masih menunjukkan tanda-tanda positif ketika dirawat. 

Bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohamad Helmy Khalid ketika dihubungi mengesahkan laporan, namun tidak mengetahui secara terperinci keadaan bekas menteri besar itu. 


"Azizan dimasukkan ke HPP malam tadi dan menerima rawatan sehingga sekarang," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di Pusat Perubatan Kedah (KMC) sejak pagi Isnin lalu.

Helmy turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Dalam pada itu, Bekas Setiausaha Politik Azizan, dalam laman facebooknya memberi tahu bahawa berita kematian itu tidak benar dan Azizan kini sedang dirawat di HPP. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.


Berita Harian