Pages

Showing posts with label Azmin Ali Terkini. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali Terkini. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

WAN AZIZAH WAJAR LEPASKAN JAWATAN | DISARAN AKUI KEGAGALAN


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam berkata, Wan Azizah juga disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.

Mohd Fareez, Wan Azizah, Azmin Ali

Wan Azizah wajar lepaskan jawatan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail wajar melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang mempertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas dipimpin oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam berkata, Wan Azizah juga disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.

Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang.

Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini.

Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak. Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.

Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN.

Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN.

Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka.

PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.

‘Branding’ rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan. Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.

Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.

Pengkhianatan dan penghinaan kali kedua kepada Azmin tidak harus dibiarkan berlaku sekali lagi.


Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 10 May 2013

AZMIN ALI PERSOAL SURAT DIHANTAR PRESIDEN PKR KEPADA SULTAN SELANGOR

Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi. 

AZMIN ALI PERSOAL SURAT DIHANTAR PRESIDEN PKR KEPADA SULTAN SELANGOR

Azmin persoal surat dihantar Presiden PKR kepada Sultan Selangor


PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.
   
Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu.
   
"Oleh itu, atas inisiatif rakan-rakan kami telah mengadakan mesyuarat melibatkan Majlis Pimipinan (PKR) Negeri Selangor petang semalam dan memutuskan beberapa nama calon yang layak untuk jawatan menteri besar dan diserahkan kepada Wan Azizah semalam.
   
"Saya tidak persoalkan keputusan Pas-DAP berhubung calon menteri besar, tapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Adun PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
   
Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.

Beliau juga mengakui konsensus bagi membuat sebarang keputusan dalam Pakatan Rakyat adalah baik tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku di dalam PKR.
   
Dalam pada itu, Azmin turut mendesak kepimpinan negeri yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion dengan bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air dan banjir.
   
Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan menteri besar, Anggota Parlimen Gombak itu berkata sekiranya beliau bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
   
Katanya jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah parti sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan amalan demokrasi yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti.
   
"Saya tegaskan bahawa ini bukan isu Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar, isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan mestilah melalui perundingan yang telus seperti dituntut Al-Quran tetapi jelas dalam proses memilih calon menteri besar, anjuran Al-Quran ini tidak dipatuhi. - Bernama



Sinar Harian