Pages

Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts
Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts

Monday, 23 September 2013

PELAKON ANGELINA JOLIE HANYA BOLEH HIDUP 3 TAHUN LAGI?

"Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan.

Angelina Jolie
PELAKON ANGELINA JOLIE HANYA BOLEH HIDUP 3 TAHUN LAGI?

Angelina Jolie hidup tiga tahun lagi?

Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang sangat cerewet dalam menjaga kesihatan.

Umum sudah tahu, kekasih Brad Pittini sanggup membuang payudaranya untuk mencegah kanser yang diwarisi dari keturunannya.

Malah dalam masa terdekat ini, dia juga bakal menjalani pembedahan rahim bagi mengatasi masalah sama.

Bagaimanapun, ada yang lebih mengejutkan apabila majalah antarabangsa, Globe melaporkan, jangka hayat Jolie hanya tinggal tiga tahun saja lagi.

Menguatkan dakwaan itu apabila aktres ini bertindak menolak banyak tawaran lakonan, termasuk sekuel filem Salt.

"Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan.

Dia sangat sayangkan Brad dan anak-anaknya, maka kerana itu, dia harus kuat untuk menghadapinya," kata sumber.



Sinar Harian

Friday, 17 May 2013

ANGELINA JOLIE BUANG PAYUDARA | MAHU ELAK KANSER

Angelina atau lebih selesa dipanggil Angie berkata dia berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak terkena dengan penyakit kanser payudara.

Angelina Jolie

Mahu Elak Kanser, Angelina Jolie Buang Payudara


PELAKON Angelina Jolie membuat pendedahan bahawa dia baru sahaja menjalani proses pembuangan payudaranya iaitu Double Mastectomy.
Angelina atau lebih selesa dipanggil Angie berkata dia berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak terkena dengan penyakit kanser payudara.
Menurut laporan portal New Kerala, selepas membuat rawatan kesihatan pada Januari lalu, aktres berusia 37 tahun itu mendapati peratusan dia mendapat kanser payudara adalah sebanyak 87 peratus (%) manakala 50% pula risiko untuk kanser rahim.
"Proses pembedahan telah mula dijalankan sejak Februari lalu dan kini peratusan risiko mendapat kanser payudara turun mendadak iaitu hanya 5%," katanya.
Beritahu kekasih Brad Pitt itu, ibunya pernah melawan penyakit kanser itu selama 10 tahun dan meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Jadi dia enggan melalui penderitaan seperti ibunya dan berharap pendedahan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada wanita lain menerusi pengalamannya itu.
Dalam pada itu, Angie turut bersyukur apabila Brad sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya sepanjang proses pembuangan payudara itu dilakukan.
Malah keadaannya itu membuatkan pasangan itu lebih mesra daripada biasa.

mStar