Pages

Showing posts with label Ahmad Dhani Terkini. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Dhani Terkini. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

ANAK-ANAK DHANI MILIKI KERETA SENDIRI - BMW, JAGUAR & LANCER

"Anak-anak saya mempunyai kenderaan masing-masing untuk setiap seorang. Al saya berikan BMW, El pula kereta Jaguar, manakala kereta Dul, Lancer pula sebelumnya adalah milik Al," katanya ketika memberikab keterangan kepada pihak polis di Balai Polis, Metro Jaya, Pancoran, Jakarta Selatan.

Dhani Akui Kasi BMW Untuk Al, Jaguar (El), Lancer (Dul)
ANAK-ANAK DHANI ADA KERETA SENDIRI - BMW, JAGUAR & LANCER

Terdahulu di Jz Online News :

ANAK KOMPOSER AHMAD DHANI PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN RAGUT 5 NYAWA


Dhani Akui Kasi BMW Untuk Al, Jaguar (El), Lancer (Dul)


JAKARTA, 12 SEPT 2013: Komposer, pemuzik dan penyanyi Ahmad Dhani barangkali boleh disifatkan sebagai bapa idaman bagi sebilangan anak-anak. Sebabnya, dia sanggup memanjakan anak-anaknya dengan menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebuah kenderaan untuk memudahkan mereka menjalankan akviti harian mereka.

"Anak-anak saya mempunyai kenderaan masing-masing untuk setiap seorang. Al saya berikan BMW, El pula kereta Jaguar, manakala kereta Dul, Lancer pula sebelumnya adalah milik Al," katanya ketika memberikab keterangan kepada pihak polis di Balai Polis, Metro Jaya, Pancoran, Jakarta Selatan.

Pun begitu, Ahmad Dhani mengaku dia tidak pernah membenarkan ketiga-tiga anaknya itu memandu sendiri kenderaan mereka. Atas sebab itu, dia turut menyediakan pemandu untuk setiap kenderaan mereka.

"Pemandu Dul namanya, Kirman, yang menadu kereta Al adalah Muji, manakala pemandu El adalah Randi," katanya.

Ahmda Dhani juga akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa Dul telah membawa kenderaannya sendiri sehingga menyebabkan berlakunya insiden nahas di Tol Jagorawi KM 8 pada awal pagi, Sabtu lalu.

Kenderaan yang dipandu Dul itu terbabas masuk ke jalan raya yang bertentangan serta turut menghentam kenderaan-kenderaan yang lain. Akibat daripada nahas itu, 6 orang telah menjadi mangsa korban, manakala 9 lagi mengalami kecederaan.

Manakala, Dul dan rakannya, Noval yang turut berada di dalam kenderaan tersebut turut dikejarkan di hospital akibat pendarahan. Dul sendiri telah menerima pembedahan sebanyak 3 kali akibat pendarah di usus perutnya.


Sunday, 8 September 2013

ANAK KOMPOSER AHMAD DHANI PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN RAGUT 5 NYAWA

Kemalangan itu turut meragut lima nyawa manakala 10 orang lain cedera.


ANAK KOMPOSER AHMAD DHANI PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN RAGUT 5 NYAWA

Anak Ahmad Dhani kemalangan, patah kaki

ANAK ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mengalami patah kaki kanan akibat akibat kemalangan jalan raya di Tol Jagorawi, Jakarta.

Kemalangan itu turut meragut lima nyawa manakala 10 orang lain cedera.

"Ahmad Abdul Qodir Jaelani, patah kaki sebelah kanan," kata Ketua Unit AKP Jakarta Timur, Kanit Laka dalam pesan ringkas SMSnya, lapor Detik.com, hari ini.

Dul, nama panggilan anak Ahmad Dhani, kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melia, Cibubur.

Ketika ini, anak ketiga penyanyi kumpulan Dewa 19 itu telah dipindahkan ke Hospital Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Sementara itu, lapor Detik.com lagi, punca kemalangan mungkin disebabkanoleh sebuah kenderaan  Mitsubishi Lancer yang dinaiki anak Ahmad Dhani.

Kenderaan itu dilaporkan secara tiba-tiba masuk ke arah berlawanan dan merempuh dua kenderaan lain.



Sinar Harian